"Kalau dibagi lagi sampai 4,5 lapis kat part tu..."
"Saya nak awak2 semua jadi backup saya"
"Kalau boleh ada asap2 keluar ke kan..."
Terima Kasih Cikgu!
Cikgu Rolan bin Ahmad...
Allahyarham Cikgu Rolan bin Ahmad
Yang benar2 merupakan inspirasi kepada team nased kami2 yang gemar berkarya ini
Setiap tutur katanya sangat memberi dorongan dan sokongan...
Setiap apa yang kami lakukan disokong dan diperakui dengan senyuman yang ceria sambil disulami dengan cerita dan lawak2 suweeetttt...
Dan kadangkala beliau terbabas meleret2 bercerita sehingga kami pula jadi tak senang duduk...
Kih3x....
Sememangnya bercakap adalah hobi beliau...
Menerajui nasyid pada tahun 2014 merupakan antara titik2 mula arwah dan kami terasa lebih serasi... Dek kerana minat dan 'passion' kami yang menjurus ke arah bidang yang sama membuatkan beliau tidak jemu2 menyokong kami dari belakang. Latihan nasyid kami dikunjungi jika tiada tugas yang menghambat... Jika tidak sempat, cukup dengan beliau mendengar dari jauh dan terus meng'ambush' kami yang berlatih di makmal komputer jika terdapat banyak kesalahan. Keterujaan beliau berterusan apabila kami menang di negeri dan seterusnya mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan.
Seterusnya pembabitan kami dalam Malam Kesenian Islam terus-terusan menggembirakan beliau. Sebenarnya segan juga bila kali pertama membuat persembahan di hadapan audience yang lebih besor (peringkat sekolah je pon...) namun beliaulah kekuatan kami untuk cuba memberikan yang terbaek walaupun... hahahaha... walaupon bajet retis sangat kami ni.... Kebetulan majlis Malan Kesenian Islam tu adalah idea beliau sempena beliau akan bersara keesokan harinya.
Bersara dalam suasana berjerebu...ahhaaa.... majlis siangnya hanya dihadiri oleh kakitangan2 sekolah sahaja sebab murid dicutikan. Sebelah malamnya diadakan dinner persaraan sekaligus dinner akhir tahun 2015. Dek kerana "wajah kesayangan hamba" sangat arwah ni maka kami warga PPKI telah menyiapkan video khas sempena persaraan beliau. Sebulan lebih masa diambil untuk menyiapkan video itu... sempena 'CURHAT' perasaan warga ppki kepada beliau. Tatkala mengedit video di bahagian lagu 'hatiku kau guris luka' aii' rasa terlampau emosi sehingga mengalirkan air mata... agaknyer feel tu tertanam sekali kot kat bahagian tu sebab masa ianya dipertontonkan di malam dinner perpisahan, beliau telah mengalirkan air mata (ahhaaa ni mmg purposely aii' intai bila smpai part ni and beliau ketika itu sedang mengesat air matanya)
Pertengahan tahun ritu sempat beliau datang melawat kami di sekolah... dan belanja nasi lemak sebungkus seorang kepada semua warga sekolah. Bila bersua, pasti beliau takkan lupa menyebut kisah video dan 'passion' penghibur dalam diri team nasyid. Antara yang aii' ingat: "Saya tak boleh tengok video ppki tu. Kalau saya tengok saya rasa sedih,"
Terima Kasih Cikgu Rolan walaupun hanya 5 tahun menerajui kami, namun pelbagai kesah indah yang telah dikongsi.
Andai rindu bertandang, kami layani
Andai kenangan bertamu, kami hargai
"Inspirasi tetap teguh berdiri...
Dalam gelap kau tetap menyinari
Hanya satu pesona tiada ganti
Engkau bintang kau tetap menyinari" (Inspirasi by Faizal Tahir dan Aizad Amdan)
P/S: "Awak berbakat.... teruskan, jangan putus asa" ujar beliau sewaktu sesi bersalam di majlis perpisahan peringkat sekolah.








0 oreng jer yang komen:
Post a Comment