Kalian lempar batu... nescaya akan kami elak...
Kalian lempar sampah... nescaya kami kutip dan buang di tempat yang sepatutnya...
Kalian lempar tahikss dan najizssss... nescaya kami basuh dengan sabun, gonyoh dengan berus malah boleh samak dengan air tanah...
Tapi kalian lempar kami dengan sebuah Kenyataan Yang Cukup Manis...
Kenyataan yang penuh dengan intipati tersembunyi...
Ibarat makan kuih koci...dikunyah2 terasa inti kelapanye yang manis dan dlm pada sedang enak mengunyah, tiba2 tergigit batu.
Umpama mendengar ayat sebegini "Wah...tahniah2...hebat laaa... (Sudah2laaa... berambos la korang)"
Kenyataan yang membuatkan kami tersenyum simpul dan faham sangat-sangat... maksudnya jelas, sampai ke hati....
Gembiranya bukan kepalang...
Terima Kasih Daun Keladi... Dah Terkena Gatalnyer Berkali-kali, Tibalah saatnyer melangkah kaki...
***
Tragedi Banting berulang kembali...
Selepas peristiwa 'geng sendu' dijulang, mata ini disajikan pula dengan kejayaan 'geng caca merba'. Barangkali jika dibiarkan kudrat ini bertahan sehingga ke tahun seterusnya, nescaya 5 pasang mata ini dapat menyaksikan 'geng krikkrikkrik membisu seribu bahasa' pula dinobat champion... ^^
'Bencana di Batu Unjur
Menjadi penanda aras untuk berundur
Biarpun berat hati yang lebur
Demi maruah, elak dihancur
Tak selera diperbodoh dek jiwa-jiwa yang 'luhur'
Konon bagus, hebat menegur...
Konon bijak menilai, walhal penaakulan berterabur
Entah ke mana hilang ketelusan, disuruh mencacaikan diri pon mereka akur'
***
Wahai kawan-kawan seperjuangan; Team Juruletih Cikgu Cepa, Cikgu Yana, Cikgu Ecah dan Cikgu Juar...
Ucapan terima kasih kepada kalian... yang 'lalu' melayan kesengalan diri ini... yang tergila2 taksubkan nased...
Begitu dengan diri ini yang menerima kesengalan dan ketaksuban anda-anda semua seadanya.... (Hahahah)
Kenangan kemenangan mengejut dan tak disangka di peringkat daerah, negeri dan merasa suasana kebangsaan pada tahun 2014 adalah himpunan memori yang cukup indah dan mengujakan... Terima kasih atas anugerah ini Ya Allah... walaupun kesempatan ini hanya datang sekali, namun kesannya sampai sekarang masih dirasai...
Tahun 2015 yang berlangsung hebat di peringkat daerah namun menyesakkan nafas di peringkat negeri telah menjadikan kami mula berhati-hati, bersangka buruk dan tidak mengharapkan yang indah-indah untuk episod yang seterusnya.
Berbekalkan mindset yang negatif itu, kami melangkah ke peringkat daerah membawa pasukan yang paling mantap sekali dalam sejarah nasyid PPKI SKTKU (kah3x)... pasukan yang paling cemerlang sekali untuk meraih kejuaraan peringkat daerah untuk tahun 2016 ini... dek kerana tahun ini tiada pertandingan nasyid peringkat negeri dan hanya kategori terbuka dipertandingkan di peringkat kebangsaan maka berhabis-habisan la kami mengerah kudrat, keringat, idea serta tidak segan silu menyiksa hati dan perasaan guru-guru lain yang terpaksa merelief kami... Tolong ampunkan kezaliman kami... tanpa pertolongan rakan ppki semua, takkan terjadinya latihan dan takkan pernah terbentuknya kumpulan nasyid yang hampir melakukan hatrik di peringkat daerah ini.
***
Walang rasanya hati ni nak mengundur diri... minat kami tertancap di sini... 'Soul' kami tetap di arena ini... waima tidak berkecimpungan lagi... Hehehehe...
Adakah sudah tiba saatnya khidmat ini terhenti di sini?
Dari pandangan mata masing-masing... "Ya, inilah saatnya"
Dari ukiran senyuman... "Ya, cukuplah sampai di sini"
Dari degupan nadi ini... "Ya, nampaknyer degupan ini bakal terhenti"
Bukan sebab dah tak suka,,,, bukan merajuk manja...
Cuma hati kami dah terluka...
Teraniaya...
Terkacewa...
***
Buat anak-anak didik kami...
Alhamdulillah murid-murid sudah maju semuanya...
Jerit perih kami terubat melihat persembahan kalian yang sangat membanggakan...
Sebak jiwa kami melihat semangat perjuangan murid-murid sekalian...
Semoga kalian terus bersinar dalam apa jua bidang yang diceburi.
Tahniah Najib, Jin Seng, Hasya, Taufik, Hazim, Hafiz dan Fifi...
Kami sayang anda semua!!!
***
Corat-coret Pertandingan Nasyid peringkat Daerah 2016:
1. Latihan bermula awal bulan 3 bertempat di makmal komputer 2
2. Disebabkan kekurangan stok murid yg boleh diketengahkan bakatnye, hanya 7 orang murid yg terpilih mewakili pasukan nasyid PPKI 2016
3. Seorang murid berbangsa Cina telah terpilih untuk bermain alatan perkusi (murid ini pernah disaring tahun lepas tetapi tidak terpilih ketika itu atas faktor 'kematangan')
4. Atas beberapa faktor, juru'letih' nasyid dikurangkan dari 5 orang menjadi 3 orang.
5. Kadang2 sedikit penat melatih dek kerana kekurangan tenaga kerja... (hahahah) tetapi yang mengagumkan adalah semangat murid-murid nasyid yang sangat lain macam kali ini yang membuatkan team juruletih teros berjuang... Serious, memang lain macam!
6. Komitmen yang tinggi oleh murid-murid nasyid yang sanggup datang pada hari ahad untuk sesi latihan saat2 akhir... Terima kasih juga kepada para ibu bapa yang menyokong penuh usaha kami tanpa jemu...lebih-lebih keluarga Jin Seng, murid berbangsa Cina kami.
7. Giliran kami adalah giliran yang ke 7 drpd 8 pasukan
8. Sound system terlampau kuat sehinggakan migrain kepala aii' dibuatnya disamping kecairan tahiks telinga tahap cipanz.
9. Hampir semua sekolah mempersembahkan lagu pertama dengan tidak mengikut tema iaitu ciptaan sendiri, masri dan tajuk maal hijrah tahun lepas
10. Ramai yang salah faham termasuklah juruletih dari sekolah lain di mana lagu kedua tidak perlu lagu original dan boleh menggunakan lagu komersil (lagu yang telah dirakam oleh artis contohnya). Kebarangkalian juri-juri juga ada tersalah faham... Ini kebarangkalian sahaja yer... ^^.
11. Belajar dari kesilapan di peringkat negeri tahun 2015 yang lalu betapa pentingnye untuk test mic bagi menyedapkan persembahan dan bukannya hentam kromo je lagi2 ni murid pendidikan khas. Maka itulah yang kami lakukan semalam dan Alhamdulillah hasilnya bunyi pada speaker tak memekakkan telinga dan sedap didengar.
12. Mikrofon pada seorang murid tidak berfungsi (frustnyer ya amat sebab dia sore 'base')
13. Persembahan murid hampir sempurna mengikut 'plan'... hehehe... Alhamdulillah, Allah bagi flawless kejadian persembahan itu...
14. Suasana hampir sunyi sepi mengiringi persembahan kami... VIPnyer pon 'tak tido' (Alhamdulillah lagi) seperti pada persembahan2 yang sebelumnya...
15. Alhamdulillah juga team kami mendapat tepukan yang gemuruh pada pengakhiran persembahan... Alhamdulillah terima kasih ya Allah menghadiahkan suasana tersebut.
16. Memang panas cuaca semalam selepas hujan yg agak lebat di awal pagi... sampai berpeluh2 budak2 nasyid ni...maklumla pakai baju melayu samping bengkung songkok bagai...
17. Para juruletih dan emcee hari kejadian Puan Faizah kelaparan mak aihhh sebab tak makan dari pagi dan mentekedarah bekal nasi lauk ayam kicap kantin dengan penuh berselera.
18. Setelah menunggu lama, akhirnya keputusan nasyid diumumkan bagi kategori sekolah rendah di mana Ikhwanul Raudhah hanya mendapat naib johan kali ni... Terima dengan redha ye rezeki tertulis hanya setakat ini.
19. Saat pemenang kedua diumumkan, keadaan menjadi sunyi sepi... (hahaha ok ini nak gelak...tak tipu tau,,, betul senyap!). Murid-murid nasyid pon tak bangun... kecualilah solo kami yang telah dikerahkan naik... Sehinggalah emcee penyampaian hadiah meminta murid-murid lain naik sekali barulah mereka bangun dan naik menerima hadiah.
20. Aii' memandang juruletih2 lain... mereka hanya tersenyum dan mengangguk. Faham sangat maksudnyer... hehehe...
21. Aii' bertanya kepada salah seorang murid kami, "Kenapa korang tak naik pentas masa kene umum no 2 tadi? Najib ingat dapat no 1 ke?". Si Najib angguk2... Ok, noted! (Heheheh)
22. Kami kepenatan sampai di sekolah hampir jam 4 petang. Alhamdulillah parents dah ramai tunggu. Esoknyer murid yang menyertai nasyid direhatkan.
23. Terima kasih kepada Cikgu Cepa yang juga team juruletih kami sebab aii' dan Cikgu Ecah dapat merasa naik 'Vellfire'. Hahaha~
24. Terima kasih atas ucapan tahniah daripada para ibubapa!
25. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan misi pasukan nasyid 2016 ini...
26. Senarai nama para hakim bagi semua acara termasuklah nasyid telah tersebar sebelum pertandingan.
27. Jumlah markah keputusan nasyid PPKI sekolah rendah tidak dinyatakan pada kertas keputusan tetapi untuk kategori sekolah menengah dinyatakan jumlah markah ^^
28. Hurmm...macam biasalaaa kami tak amik gmbor beramai2 dgn murid nasyid...kih3x... tak sempat ooo... parents dh tunggu kat skolah!
29. Syabas juga buat Puan Suhaila PPM PPKI yang cemerlang menguruskan kostum nasyid
30. Tahniah buat semua pemenang peringkat daerah MTAQ 2016
Sampai jumpa lagi semua!
Nostalgia nasyid berakhir di sini...
Assalamualaikum!!!
P/S: Road to Kebangsaan never die! (Hahahaha~ gurau je ye gaisss~)









0 oreng jer yang komen:
Post a Comment