Tinggal sehari lagi kita nak melangkah ke tahun baru.
Sesi persekolahan pon tinggal beberapa hari lagi nak bermula...
Berbekalkan perasaan redah je la macam biasa, aii' mengharapkan tahun baru 2016 ni tidak menghadirkan duka lara yang menjelikkan.
Biarlah semuanya sekadar sederhana...
Bukankah bersederhana itu lebih baik...
Hari ini di sekolah hadir sudah pengganti mantan GB kami yang telah bersara hampir dua bulan yang lalu. Perasaan rindu kepada mantan GB yang sangat sempoi yang sudah dilupakan tiba2 hadir kembali menghantui jiwa dan sanubari kami warga PPKI. Hahahah...
Ok, ok... haruslaaa betul telahan anda kerana yang hadir mengganti ini benar2 tegas orangnya...kui3x. Jauh bezanya...
Kurang ingat bait ayat GB baru ini siang tadi tetapi lebih kurang begini maksudnya"Yang pergi biarkanlah pergi... yang sekarang inilah realiti yang perlu dihadapi. Usahlah dibandingkan yang dulu dan sekarang" Mari seiring sejalan! Hahahaha... Cukup2lah kita hidop dalam kenangan oiiii kawan2. Kah3x. Ayuh kita tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi maka haruslah kita berdiri di atas nilai yang ada di dalam diri kita sendiri.
Sekali-sekala sedikit tekanan itu perlu untuk 'merenjatkan' diri kita yang selama ini sudah berada di zon selesa. Sekali-sekala sedikit tekanan itu perlu untuk mencetuskan bakat dan kehebatan yang terpendam di dalam diri kita.
Semoga tekanan yang datang itu tidak terlalu mendesak dan tidak juga terlalu menduga kesabaran dan iman yang sudah sedia tipis... hehehe...
Semoga tekanan itu juga tidak datang secara bertubi-tubi kerna takut tak terdaya nak ditahan... Takut tergolek di tengah jalan... kui3x.
Selamat Datang 2016... Lusa kita bertemu jua!!!
P/S: Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua warga PPKI! Bersatu teguh bercerai roboh!
Wednesday, December 30, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









0 oreng jer yang komen:
Post a Comment