wE follOw yEw~

Wednesday, November 4, 2015

Retro Kami Untukmu Cikgu Rolan

Assalamualaikum...

Salam sejahtera readers...

Aii' memang suka berkarya. Kalau zaman kecik-kecik dulu, aii' suka melukis dan menyanyi...
Naik sekolah menengah, aii' tetap suka melukis dan menyanyi dan 'up' sket menulis novel dalam buku tulis beli di bookshop skolah. ^^. Sehinggalah kalau dibuat rampasan perang kat asrama and sekolah memang slalu hasil karya aii' 'TERKENA'. Lalalalala~

Sehinggalah aii' melangkau ke alam pekerjaan...aii' maseh terus berkarya. Tetapi bidang lukis-melukis dan penulisan merapu telah lama aii' tinggalkan sebaik sahaja aii' melangkah ke Universiti lagi. Entah kenapa minat2 tu semakin berkurangan dan terus terkubur. Seb bek jadi cikgu so maseh lagi la menconteng tp stakat simple2 jer laa... Nyanyi2 maseh diteruskan... hahaha... malah ada group melalak khas lagi disamping melatih kumpulan nasyid pendidikan khas di sekolah. Rasa seronok okay... sebab aii' memang suka melalak...kui3x. Dari kecik melalak lagu Ramlah Ram bersama pembantu rumah..hehehe... Nostalgia!

Dan...kegemaran berkarya aii' itu bertambah lagi dengan suka2 membikin video yang melibatkan cikgu2 Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah aii'. Bermula kecil-kecilan dari video lawatan ke Tasik Shah Alam 4 tahun yang lalu... kemudian video ucapan raya 2013...kemudian video ucapan raya 2015 dan yang terbaru...video khas persembahan guru2 ppki sempena persaraan mantan guru besar kami iaitu Encik Rolan bin Ahmad.

Seronoknye semua guru ppki memberikan kerjasama yang baik... dan mendapat sorakan gemuruh dan pujian daripada guru-guru lain dan juga tuan punya badan yang kami tujukan khas. Ahakss... 
Hanya berbekalkan Windows Movie Maker jer... memang stress masa buat video tu sebab effects yang sangat2 terhad... 

3 MINGGU masa yg aii' amik untuk edit video sahaja...belom masuk proses rakaman dan tangkap gambar bla3x. Masa tu nebes pon ada sesangat sebab nak siapkan sebelum majlis. Sakit belakang toksah cakap...sakit kepala perkara biasa. Ngeh3x. 

Alhamdulillah...siap jugak video ni... Siap buat salinan dalam bentuk CD dan dihadiahkan kepada mantan guru besar sebagai kenang-kenangan dengan harapan "HARI-HARI KENE TENGOK".
Kalau CD dah problem leh datang skolah mintak CD baru... Lalalala~

*Video ni hanya boleh diview menggunakan laptop dan komputer sahaja dan bukan telefon pintar. Maaf atas kesulitan... ^^

P/S: Retro Kami Untukmu Cikgu Rolan.... Moga kenangan kita kekal dalam ingatan...



0 oreng jer yang komen:

Related Posts with Thumbnails

WeewiitT~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

A beautiful gift on my birthday...

Lilypie Second Birthday tickers