wE follOw yEw~

Wednesday, May 10, 2017

Benci Tapi Rindu

Biler kadang2 kita tak mengakui keistimewaan dan kehebatan orang lain di situlah timbulnya rasa kebencian meluap-luap yang disemarakkan oleh syaitan. Ego juga mintak dijaga dan dibelai secukup rasa sehingga kadang-kadang keputusan dan perlakuan yang dibuat adalah kurang bijak dan di luar norma2 kewarasan manusia lantas melumpuhkan hati dan semangat insan lain.

Di saat keputusan diambil untuk tidak beraksi tahun ini...

Sudah ada suara2 yang bertanya kenapa dan mengapa .
Ada juga yang hanya mendiamkan diri dan golongan ini biasanya tidak begitu kisah... (atau mungkin mencebik dan meluat dalam diam? Ha Ha Ha)
Walaubagaimanapun sudah pasti ada suara-suara yang berdiskusi dan tampil dengan kesimpulan mesyuarat yang tersendiri...


Dan dikala kelibat kami bersama anak2 hanya memunculkan diri untuk menikmati persembahan istimewa anak-anak syurga dari sekolah lain...

Sehingga giliran sekolah yang terakhir...
Baru masing2 terperasan agaknyer. 'Aura Seri' yang selama ini menjadi penyeri... punya 'kelas' yang tersendiri... dan sentiasa penuh dengan kelainan tiba-tiba tidak muncul di arena pertarungan.

Baru tersedar di saat nama sekolah terakhir yang dipanggil itu BUKAN nama sekolah yang ditunggu. Di kala itu kesedaran mereka semakin memuncak apabila melihat kelibat2 tersebut hanya berbaju sukan dan bersantai di kerusi penonton sambil minum air sirap ais dalam cawan.


Mereka-mereka yang prihatin mampir bertanya.
Bertanya dan juga meluah rasa.
Lebih2 lagi yang pernah rapat dan sama-sama mengikuti kembara perjuangan kami.
Ada juga yang bertanya kerana hairan.
Silakan bertanya. Tak apa.
Tapi jawapan mungkin seadanya sahaja... ataupon mungkin respon kami hanya dengan senyuman.
Terima kasih juga kepada yang mungkin tercuit soalan di dalam hati dan juga yang mungkin bersyukur kami hanya lepak2 di kerusi plastik. Terasa kelucuan di sanubari pula menyaksikan telatah solo nasyid kami yang pernah meraih solo terbaik daerah pada tahun 2015 sekejap tersengih kemudian terdiam dan menunjukkan wajah bosan ataupun mungkin terkilan sambil menikmati rezeki rakan2 lain beraksi di atas pentas sedangkan dia bercomot-comotan dengan baju sukan biru dan wajah tanpa mekap yang sendu.

Bosan kan kalau kami takde?
Tak salah membenci kami kerana anda2 semua tetap bakal rindu.
Alaaa... sekali-sekala rasa nak menempelak...
Tak payah buat apa-apa pon ramai yang akan sentap, terasa dan tersentak.

Lantas apa lagi yang ingin anda-anda semua dustakan????

Tapi kami beruntung semalam... sebab dapat bersua muka dan menuntut secebis ilmu dengan seorang memang PAKAR dan TIDAK SYOK SENDIRI dalam arena perjuangan ini. Salah seorang daripada kami pula merupakan peminat kipas susah mati beliau. Terima kasih cikgu! Kami itu berLIMA tapi yang hadir semalam hanya berTIGA dan yang ada di tempat kejadian hanya berDUA kerana seorang lagi sedang menyerikan pertandingan bercerita. ^_^

P/S: Sape yang pernah bercinta taulah perasaan mcm mana bila kita benci tapi rindu tu. Ish!!!! Seksa wooo!!! 

0 oreng jer yang komen:

Related Posts with Thumbnails

WeewiitT~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

A beautiful gift on my birthday...

Lilypie Second Birthday tickers