Mak bapak pun memerah otak ni belek buku, search internet, tanya2 orang...usha2 nama anak orang lain... semata-mata nak cari nama yang terbaik untuk anak yang bakal lahir.
Kekadang tu siap bergaduh suami isteri, gaduh dengan mak bapak and mentua... gaduh dengan atuk nenek... heheh...takderla gaduh tapi ada la argue sikit sebab masing2 berebut nak menamakan baby. Rasa bangga la kalau nama yang masing2 suka tu dipilih dan terpilih.
Sebagai pembaca Harian Metro (tak kira lah korang nak panggil suratkhabar gosip ke apa ke kan...), ada satu bahagian Soal Jawab Agama segmen fikrah oleh Dr Salam. Seseorang telah bertanya soalan berkenaan menamakan nama anak. Ini soalan dan jawapan kepada soalan tersebut:
***********************************
SAYA ingin menamakan anak saya mengikut nama dalam surah al-Quran contoh�nya seperti An-Nur, An-Nisa’ dan An-Najmi. Adakah ia sama seperti menamakan anak dengan 99 Nama Allah seperti Karim dan Latif?
Apakah hukumnya berbuat demikian kerana saya ada membaca yang nama itu mempunyai maksud yang baik.
NADIAH,
Selangor
ANAK adalah kurniaan Allah kepada setiap pasangan yang menjadi pe�nyambung zuriat mereka di dunia ini. Islam menyuruh ibu bapa menamakan anak dengan nama yang baik.
Nama yang dipilih turut mempengaruhi peribadi anak. Antara nama yang baik ialah nama nabi dan rasul dan orang salih. Begitu juga dengan nama Allah dengan ditambah pada pangkalnya ‘Abd bermaksud ‘hamba’ seperti Abdullah (Hamba Allah).
Memilih nama daripada surah tertentu di dalam al-Quran diharuskan seperti nama nabi termasuk Yunus, Yusuf, Ibrahim dan Luqman manakala bagi perempuan seperti nama Maryam.
Bagaimanapun, penggunaan ‘al-’ pada permulaan nama seperti ‘al-Nur’ atau ‘al-Rahman’ seperti nama surah dalam al-Quran wajar dielak kerana ia adalah nama khusus dan ada juga terkandung nama Allah.
Nama seperti al-Nisa’ boleh digunakan seperti Khairunnisa’ atau Nisa’.
Semoga menjadi panduan kepada semua yer...
p/s: Nama Boboi aii maksudnyer ialah kasih sayang bijak pandai.








0 oreng jer yang komen:
Post a Comment