Aii' bukanlah penonton MANIA yang setia... Sebenarnya aii' tengok Mania sekali jer kat tv... Selebihnya aii' tengok kat youtube mana2 performance yang aii' dengar drpd rakan sekerja yang bagus2 baru aii' search kat utube.
Apapun, aii' suka GOOGLE saper yang terkeluar. Tadi aii' baru google and aii' dapat tahu Alyah terkeluar untuk konsert ke 8 yer. :)
Dan Ebi Kornealis masih kekal di dalam Mania (Aii' baca komen2 yang tak puas hati).
Kalau nak citer pasal tak puas hati tentang kekebalan Ebi kat Mania..memang dah lama dah. Aii' rasa sejak minggu ke 2,3 lagi. Keluarnya penyanyi-penyanyi hebat dan lebih layak daripada Ebi membuatkan penonton2 makin hangin satu badan.
Bagi aii' suara Ebi biasa2 sajer. Suara orang yang gila karaoke 'jamban' pun ada yang lagi best daripada dia. Nyanyiannya pun takder jiwa... bersemangat je lebih tapi tak menghiburkan. Pitching ke, low note high note ke takyah cakap laa...dengar jer juri2 kompelen dah tau ada masalah. Sejak dari zaman AF (Akademi Fantasia), dari minggu ke minggu makin lama makin teruk dan takder perubahan. Tetapi pada ketika itu, jumlah SMS menyelamatkannya dari tersingkir sehinggalah mara ke konsert akhir. Masa tu ramai yang tak puas hati dengan Ebi. Nasib baik Ebi bukan juara tetapi Mila. Kalau juara tak tau la apa jadi. Hahahaha~. Masa tu peminat2 setia AF memang risau kalau2 Ebi menang sebab kedudukan sms Ebi sangat mantap.
Sekarang, perkara yang sama terjadi lagi dalam konsert mania. Di saat-saat orang semakin melupakan Ebi ni... dia terpilih masuk ke pentas mania. Di saat sinaran bekas bintang AF ni makin malap, pentas mania menaikkan semula nama Ebi. Tapi sayang, Ebi tak menggunakan sebaik-baiknya peluang yang ada untuk memperbetulkan segala kelemahan yang dia ada. Mungkin dia sudah berusaha tetapi ternyata bakatnya belum cukup untuk berdiri setanding dengan penyanyi2 pentas mania yang ada. Kalaulah dia ditakdirkan ke final, menentang jaclyn victor mungkin? Atau Hafiz? Atau sesaper sajer yang tinggal... Kemudian MENANG pulak tu dengan undian peminat2 (???), usahlah anda2 semua berhati 'WALANG' kerana jika anda mahu penyanyi2 kegemaran anda menjuarai mania, silalah undi kegemaran anda dengan sepenuh jiwa,raga dan wang ringgit. Hohoho~.
p/s: Walaupun Mawi digelar Raja SMS, tapi bakatnya makin berkembang dan semakin hari semakin baik cuma populariti tercalar dek perkahwinannya... Apelah u ols ni. JODOH KAN DI TANGAN TUHAN.








0 oreng jer yang komen:
Post a Comment