wE follOw yEw~

Wednesday, May 9, 2012

Jangan takut Matematik

Aii' ngaku aii' memang tak pandai matematik. Entah kenapa, berlatih la camner pon... mesti tak pandai2 jugak. Bila cikgu ngajar aii' ni berusaha untuk fokus... memula tu macam paham tapi bila suruh buat tak reti la pulak. Hasilnya, markah Matematik aii' masa sekolah menengah kebanyakannya RED as Gincu Avon Erra Fazira.

Kenapa aii' concern Matematik je? Camner dengan subjek lain macam sains ker kan... Sebab Matematik tu dari sekolah rendah lagi aii' dah menunjukkan ketidakupayaan. Mak bapak aii' dah habis marah dah... hari-hari kena bebel memang tak tahan telinga. Kena paksa wat latihan Matematik. Masa nak dekat PMR dulu... siap father aii' leh kurung aii' dalam bilik suruh buat latihan Matematik and tak dapat tengok Konsert KRUmania kat TV masa tu. Tak silap time raya and kitorang kat kampung. Terkebil2 sepupu-sepapat aii' tengok aii' kena kurung ( T_T ).

Tapi malangnyer nasib aii', sampai sekarang aii' tak pandai mana Matematik nih. Bagi parents pada time tu, subjek Matematik and Sains ni ala2 penentu masa depan anak-anak. Kalau tak pandai Matematik, tak pandai Sains...takleh masuk Science stream so takleh nak kerja hebat2. Kalo science stream leh amik engineering, architecture, medic bla,bla,bla. Aii' pon masa tu risau la kan dengan nasib aii' di masa hadapan. :D. Dah la dulu aii' ceciter nak jadi arkitek...bila tak pandai matematik ni abislaaa...roboh nanti bangunan. So, terpaksa lupakan hasrat.

Jadi...bagi yang masih belajar di sekolah, marilah bersama2 kita minat matematik. Memang penting matematik nih. Dalam life pun penting...bukan setakat nak apply course bagus2 jer. Untuk itu, meh tengok tips memantapkan Matematik kita:

1) Pertama - Mesti minat subjek Matematik tu. Kira berjanji sehidup semati laaa... :). Kalo kat FB tu letak la In a relationship with ker...or married to... bla3x.

2) Latihan berpanjangan - Nak master matematik mesti wat latihan sentiasa. Takder alasan. Beli banyak sket buku latihan matematik. Pagi petang siang malam praktis,praktis, praktis dan praktis.

3) Latihan menjawab sepantas kilat - Time exam kan takleh spend banyak sangat masa nak jawab soalan...kang ketidakcukupan waktu. So, berlatih menjawab sepantas yang boleh. Di samping tu u ols boleh mengagumkan orang ramai yang melihat kecekapan u ols menjawab (ni dah kategori riak ni).

4) Hafal sifir ye u ols -  Mesti hafal sifir ok. Memudahkan lagi kita mengira matematik. Daripada menghafal lagu bukan2 tu baik ngafal sifir yer adik-adik.

5) Katakan TIDAK kepada kalkulator - Cuba guna kepala otak sendiri a.k.a teknik mencongak dengan minda untuk solve operasi matematik. Menjadikan otak u ols lebih cerdas (balik kepada hafal sifir).

6) Pupuk azam untuk menguasai matematik. Sebelum tido, cakaplah "Kau akan menjadi milikku Matematik!" (Hohoho). Ala u ols rekalah ayat sendiri hokey!.

p/s: Point2 diambil dari TEKNIK BELAJAR OSMAN AFFAN.

0 oreng jer yang komen:

Related Posts with Thumbnails

WeewiitT~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

A beautiful gift on my birthday...

Lilypie Second Birthday tickers