wE follOw yEw~

Thursday, April 19, 2012

Lubang2 pada kayu...

 Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari. 


Aii' teringat satu cerita tentang marah yang aii' pernah dengar dah lama dulu. So, aii' GOOGLE (mcm biasa) carik cerita tu. 

And aii' dah jumpa!

CERITA ANAK YANG PEMARAH 
Melihat anak yang cengeng dan suka marah-marah, si ayah memberi kepadanya sebungkus plastik dan di dalamnya terdapat paku. Kemudian si ayah berpesan kepada anaknya, jika ia terasa ingin marah hendaklah ia memaku di sepanjang pagar kayu  di kebun sebanyak yang mungkin dengan paku-paku yang ada dalam plastik.

Anak ini mengikut kata-kata ayahnya. Apabila terasa ingin marah, ia akan mengetuk paku-paku di pagar kebunnya. Pada hari pertama si anak telah mengetuk sebanyak 30 paku. Namun semakin hari semakin berkurangan paku-paku yang diketuk, sehingga tidak ada lagi kemarahan dalam dirinya.

Setelah itu si anak datang berjumpa dengan ayahnya menceritakan  tentang perubahan dirinya. Kemarahannya sudah dapat diatasi. Tapi si ayah, apabila mendengar cakap anaknya yang sudah berubah, si ayah menyuruh anaknya mencabut semula paku-paku yang di ketuk pada pagar kebun.

Si anak mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh ayahnya. Setelah mencabut kesemua paku, maka berkata si ayah :

Wahai anakku, lihatlah lubang-lubang paku itu. itulah halnya dengan hati-hati manusia yang engkau marah, bila mana engkau mengatakan sesuatu kepada orang lain waktu kamu marah, ia meninggalkan luka yang dalam seperti lubang paku-paku itu.

Sebanyak mana ungkapan maaf yang kamu pohon belum tentu dapat menghilangkan parut luka orang yang kamu marahi.

Sabda Nabi pada hadis yang lain: “Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam”. Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.

p/s:  Nabi SAW bersabda maksudnya: “Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan  keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud)

0 oreng jer yang komen:

Related Posts with Thumbnails

WeewiitT~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

A beautiful gift on my birthday...

Lilypie Second Birthday tickers