wE follOw yEw~

Tuesday, April 3, 2012

Cermin-cermin kat dinding... (' '_ )

Dah lama aii' tengok trailer filem Mirror-mirror ni... Sejak zaman berpantang Boboi tahun lepas lagi. March 29th 2012 yang lalu baru keluar panggung. Semalam 2 Mac baru aii' berkesempatan menonton Mirror-mirror bersama encik suami.

Kalau tengok review2 kat dalam internet...memang mostly negative jerlah. Tapi aii' nak tonton dulu baru komen sebab aii' dah lama sangat nak tengok citer ni (terpengaruh dengan trailer yang best) so jangan biarkan review2 di luar sana mempengaruhi aii' OK!

Setelah menonton, aii' rasa movie ini "BOLEH TAHAN". Idea menarik tetapi ada here and there mcm kureeenggg sket mcm dari segi unsur lawak yang 'lawak' tapi belum cukup lawak untuk buatkan aii' seikhlas hati ketawa and pelakon2 yang aii' rasa mcm kureeenggg sket mcm Snow White tu sendiri bersama dengan Puteranya. Cemerlang di sini ialah watak Julia Roberts (The Queen) walaupun dalam kebanyakan review, ramai mengutuk watak tersebut...tapi aii' rasa OK jew and aii' rasa menjadi. Satu lagi adalah watak pembantu The Queen iaitu Brighton which aii' sangat suka sebab dialog yang bagus dan lakonannya sangat bersahaja dan ekspresi wajah yang sesuai.

The dwarfs? Hurm... dorang pun sangat best tapi aii' tak tau apa yang buat aii' kurang selesa bila part watak dwarfs keluar dan setiap kali watak dorang keluar aii' nak cepat2 sket part tu habis. Hehehehe.... Tapi aii' suka bila part dorang lawan puppets buatan The Queen tu. Yg tu paling best!

Snow White??? Adoiiyaiii... kenapa aii' tengok dia mcm versi Nora Danish zaman tak pandai belakon masa drama PUTERI dulu eks??? Aii' rasa dia sangat NORA, ok! :D. Dia terlalu ala2 sopan dan sangat lembut... or maybe that's what the director wants. Tak aperlah. :)

Prince Andrew Alcott... hahahahha.... aii' sedih dengan dia...kemachoan dan kekacakkannya diperkotak-katikkan dalam citer ni. Terlalu banyak kebodohan pada wataknya dalam cerita ni. Bagi aii'... ada setengah pelakon, walaupun melakukan watak bodoh...dia tetap nampak macho dan ensem...tapi untuk yang ini, sorry banyak2... aii' rasa GELI bila tengok Prince Andrew Alcott ni. Ahakss.... Lebih2 lagi bila dia terkena PUPPY LOVE potion. :D. Pernah tak tengok FILEM ENCHANTED (KLIK TRAILER), aii' jadikan contoh prince yang bawa watak ala2 macam lawak2 budus gitew tapi maintain ensem, macho dan pleasant to watch.
Ini just pandangan aii' tentang movie ni. Apapun tak rugi kalau pegi tengok kat cinema. Overall dari 5 bintang... aii' bagi 3. errr.... 3.7 bintang kot. Skeettttt lagi nak jadi 4. ^^.

Oh yer, encik suami suka lagu alal2 hindustan dipengakhiran citer nih. Mentang2lah director dia orang india. :D

p/s: Tunggu Snow White and the Hunstman laks yer!

0 oreng jer yang komen:

Related Posts with Thumbnails

WeewiitT~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

A beautiful gift on my birthday...

Lilypie Second Birthday tickers