wE follOw yEw~

Monday, April 9, 2012

ABPBH 2012: OUT!

Semalam 8 April 2012, aii' berpeluang menonton Anugerah Bintang Popular 2012 menerusi kaca TV. LIVE from tv3. Kol 9pm sampai 12am.

Setialah aii' di depan kaca tv walaupun ngantok sesangat and aii' cuba sedaya upaya untuk menahan mata walaupun aii' yakin dan pasti aii' akan terlelap juga kalau memeluk bantal atau berbaring posing di hadapan tv.

Memang! Memang sah aii' tido!
Tapi kenapa di saat2 akhir sebelum pengumuman Bintang Paling Popular? :D
Dah la time tu kol 11.30pm. Sia2 jer aii' bersengkang mata selama satu jam setengah. Bangun2 tengok jam dah 12.30am.
Sangat frust (a little). Bukan apa, sekarang ni kerap sangat tertido bila tengok tv. Selalu tu time citer best leh tertido padahal memang dah lama menunggu citer tu.

Bila dah terjaga tu, haruslah aii' GOOGLE saper pemenanganya.

Ok, Encik Aaron Aziz yer.

Aii' takderlah rasa excited pon. :). Tak se'excited' masa Tok Ti (Dato' Siti) menang award errr 7 (kan?) kali berturut2. Hohoho... Lepas tu terlepas award kat Apek. Ihiks...

ABPBH kali ni... ampunkan aii' Berita Harian... keseluruhannya, memang huru-hara... (Lalalala~)

*Fesyen artis? Koh3x... What the tuuuuuttttt? Kenapa banyak sangat fesyen tahap buruk bebenor???? Tok Ti! Please.... jangan terlalu over berfesyen. Apa tu labuci2 manik2 batu2 permata kat atas badan terlalu berat tu. Aii' kecewa OK!. Tok Ti tolonglah simple2 jew. Makin berisi Tok Ti, makin tak sesuai baju2 yang dipakainya. Shila Amzah? Adoi... nak jalan pun susah. Nak naik tangga pun nyaris nak tergolek dot jer.

*Pengacara sampai 4 orang? :)
3 perempuan vs sorang lelaki... Dah la yang 3 perempuan tu mulut prot pret2 tak tau nak cakap. Rasa mcm tak berprestij la. Macam sesuai untuk Prgoram Raja Lawak jer. Aii' lebih suka Zizan Razak and sorang lagi pengacara.... maybe leh ambil Afdlin Shauki sebab lawak Afdlin sangat sesuai untuk majlis-majlis gah. Adibah Noor pun boleh kan???

*Najwa Latiff ----> Adik kenapa, dik? Kenapa? Apa yang tak kena ntah? Fesyen? Huhuhu~.

*Background music kejap lambat...kejap TERkeluar secara tetiba, penyampai trofi pun macam tak rehearse. Nominees tak umum lagi dah nak bagitau pemenang.

*Ridzuan Hashim and Neelofa... Pakcik Ridzuan, pakcik kenapa pakcik? Apa yang pakcik merepek kat depan mikrofon? Pakcik OK? Ke Neelofa terlebih HOT sangat sampai termerepek yang bukan2 tapi aii' paham yang pakcik nak promosi filem baru....Tapi, aii' malew dengar dialog pakcik tu.

*Persembahan...Hurmm... bagi aii', AHKAK Ziana dengan Azlan Typewriter yang paling meletop. Dahsatnyer... Persembahan Shila Amzah nyanyi lagu Tok Ti pun aii' kagum gilers. Best!

*Keputusan yang mengejutkan---> bila Tasha Shila menang. Hahahaha... aii' bajet maybe Izara Aisyah menang tapi tkperlah sebab lakonan Tasha pun mantap2. Satu lagi bila Fizz Fairuz menang di saat orang sumer menjerit2 sebut Aaron Aziz bakal menang kategori pelakon drama lelaki popular. Hahahaha.... Aii' takder masalah bila Fizz Fairuz menang. Tu menunjukkan yang bakat mengatasi kehenseman dan kemachoan.

*Persembahan babak Ombak Rindu ---> Aii' tengok Aaron Aziz tenggelam dek kehebatan Maya Karin dan Lisa Surihani. Aaron Aziz tak macam dia berlakon dalam filem. Tak tau apa yang kurang... macam kontrol hensem jer. Tetiba, ada satu kesimpulan datang kat otak aii'... Aii' rasa Aaron Aziz berlakon biasa2 jer... yang mencantikkan dan meng'elokkan' Aaron adalah cerita hebat, heroin dahsat dan dialog yang mantap, berkesan dan kena dengan karakter Aaron.

Jangan marah yer peminat Aaron Aziz. Aii' pun suka tengok dia jadi Seth Tan dalam Nora Elena.

Nak tengok gambar2 sekitar Majlis ABPBH? Leh layan link Beautifulnara (part 1) ni.... :D Gambar part 2 dan part 3 leh tengok sendiri kat blog tu yer. :).

p/s: Kenapa makin matang sesebuah majlis anugerah tu, makin banyak salah-silapnyer. Manusia pun mcm tu jugak... makin tua, makin banyak makan garam, makin cetek perbuatan.

0 oreng jer yang komen:

Related Posts with Thumbnails

WeewiitT~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

A beautiful gift on my birthday...

Lilypie Second Birthday tickers