Bila kali terakhir u ols dapat kad raya?
Masa sekolah menengah?
Masa sekolah rendah? Pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas! :D
Hebatnyer zaman Kad Raya... Hari pertama berpuasa dah ada jualan kad raya kat pasaraya and shopping complex.
Hebatnyer zaman menulis bait-bait kata dalam kad raya... "Di kesempatan ini ku susun sepuluh jari memohon maaf daripadamu...", "Semoga berbahagia menyambut Aidilfitri bersama keluarga terchenta", "Jangan lupa datang beraya kat rumah aku!" "Raya,raya jugak...duit raya jangan lupa hulur!".
Hebatnyer zaman singgah menyinggah ke pejabat pos membeli setem dan mengepos kad2 raya... Ingat kena pos awal. Kalau seminggu lagi nak raya baru nak pos alamatnyer lambatla sampai kad tu. Pernah jugak bubuh setem 50sen and lebih dengan harapan kad raya akan sampai cepat. Hohoho...padahal zaman2 tu setem 30sen pun dah sampai.
Hebatnyer memilih kad2 raya pelbagai design...dari yang gambar kartun dengan dialog2 kelakar hinggalah ke kad raya yang bercorak eksklusif juga yang ada bunyi lagu raya... ada juga kad raya yang ditempah khas ala2 ada kartunis tolong lukiskan mengikut citarasa kita sendiri (yang ni aii' pernah buat masa aii' kat UIA dulu nak hantar kad raya kat nenek so kartunis tu lukiskan gambar nenek tengah jalan pakai tongkat and ada ayam jantan lagi sumer...ala2 kampung...sangat cute nenek tu!)
Hebatnyer 'FEELING' time menunggu kad raya lebih2 lagi dari yang tersayang. Bila dapat kad raya rasa bangga giler sebab tetiber perasaan perasan popular tu datang. Kebetulan dulu rumah sebelah rumah aii' memang lama kosong takder orang duduk so mengelakkan parents aii' TERambil kad raya dari member lelaki aii, aii' pun guna alamat rumah sebelah yang kosong tu. Huhuhuhu...
Semasa zaman e-card dan zaman sms berleluasa...alaa...e-card Eid Mubarak kat yahoo pun ada tu kan... Kad raya masih lagi hebat dan berdiri utuh. Masih lagi boleh survive. Aii' masih lagi dapat kad raya time tu. Lagipun time tu bukan semua ada internet kat rumah. Kena pergi cyber cafe lak nak tengok e-card. Handphone pun zaman Nokia 3310... budak2 unibersiti pun belum ramai lagi yang pakai handphone.
Beberapa tahun kemudian...rasanya e-card macam dah agak outdated. Aii' pun memang jenis malas nak layan email. Boring derrr email2. Time ni SMS raya berleluasa. Bila dapat sms dari MEMBER A, aii' pun forward kat MEMBER B. MEMBER C hantar sms raya...sms member tu kita forward lak kepada MEMBER A,D,E,F,G dan seterusnyer. Di kala ini...kad raya pun aii' dah kurang dapat. Kalau dapat satu tu dah kira hebat dah. Time ni asyik tenung handphone jew tunggu sms raya.
Biler fenomena FACEBOOK melanda...bergabung pulak dengan SMS raya... terus takder kad raya langsung. Alamat rumah member pun tak ingin nak amik tau. Kalau dapat kad raya pon dapat kad raya dari badan insurans ker, syarikat magazine yang kita subscribe ker kan...dan yang sewaktu dengannyer. Sumer orang sekarang ni pakat wish kat Facebook. Pastu google2 cari sms raya kat internet pastu hantar sms kat member2.
Kad raya yang berlambak kat kedai? Recycle jual untuk tahun depan...
p/s: Marilah kita menaikkan kembali kegemilangan KAD RAYA!
Wednesday, August 29, 2012
Kad Raya tinggal kenangan...
Posted by wAwA aRiFiN at 9:14 AM
Labels: entertainment, fun, life, memory
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








1 oreng jer yang komen:
zaman sekarang orang dah malas nak pos kad raya (^_^)
Post a Comment