Ekceli banyak sebenarnya nak citer...bukan pasal raya jew... tapi
macam2 peristiwa nak citer tapi malas punyer pasal. Tetiber jer motivasi
diri nak menulis blog merundum gitew...hehehehe...
Yang penting, Aidilfitri pun dah disambut dengan gembira...bermaaf-maafan sesamer kita...salah dan silap, ampun dipinta gitew...duit-duit raya pun dah susut...hulur sana, hulur sini...jangan lebih bajet sudeyyyy... :). Aii' & family pon dah selamat berhari raya di Shah Alam (Rumah family encik suami), Keramat (Rumah family aii'), Negeri Sembilan (kampung nenek aii) dan berjalan jauh ke kampung encik suami kat Alor Setar. Di sebalik kemeriahan menyambut Aidilfitri...sahabat baik encik suami semasa mereka sama2 sekolah menengah di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) telah dijemput Illahi pada hari raya kedua. Kebetulan rumah arwah sahabat encik suami itu terletak di Kedah...maka encik suami berkesempatan menghadirkan diri sewaktu upacara pengebumian. Al-Fatihah.
Rumah tok & wan encik suami pula saratnyer dengan ibu2 dan bapa saudara encik suami...berserta dengan sepupu sepapat encik suami yang pulang berhari raya. Hehehehe... Memang meriah bila rumah dipenuhi sanak saudara yang terchenta. Lebih kurang 3 hari dua malam gitew kat Alor Setar...dan on the way balik KL, kami bertiga singgah kat Bukit Merah Lake Town Waterpark...hehehe... ini kali ke-3 aii' datang and barulah aii' dapat mandi! First time dulu TERdatang hari Selasa and waterpark tutup (cover muka malew). Second time dah cantekkk tetiber tak mandi lak. Just jenjalan jew kat kedai2. Ni kali ketiga pergi kalo tak mandi jugak tak tau lew. Boboi dah standby baju mandi lebah tuuuuuuuu........ Akhirnya berjaya jugak bermandi-manda kat sitew spend time dari kol 1.40pm sampai la kol 6pm (ganazzzz nyer). Dengan Boboi terberak 2 kali cuma nasib baik tak berak dalam kolam jer. Hahahahaha. Banyak lak tu. Haishhh...
Balik rumah jer terbongkang sumer orang and Boboi pun dah batuk2 n selsema sket2 sebab main air lama sangat. Kesian laks kat budak KICCIKKK ni. :). Next week cuti Hari Kebangsaan memula planned macam nak balik kampung belah arwah bapa suami kat Johor tapi cancelled sebab nak habiskan beraya rumah sedara mara kat sini. Lagipun pakcik makcik suami belah johor pun ramai kat KL nih. Oohh yer... ada open house Setia Alam lagi...syoknyew...Ada Adira and Alif Sattar perform nanti.
Rancangan2 raya pun tak dapat nak dinikmati sepanjang raya ni... seingat aii' tahun lepas sebulan tv tayang rancangan raya...pagi petang ada tiap2 hari...ulang balik rancangan2 raya pertama,raya kedua yang orang tak sempat tengok. Tapi tahun ni, aii' bukak jer rancangan raya tengah hari takder...citer indon la, philippines la... kartun laaa... What the tuuuuuttttttttt!!!!. Malam pun movie raya. What the tuuuuuuutttttttttt lagi!. Hehehehe. Kemon la, kemon. Tayang jerla rancangan2 raya tahun lepas pon... biar aura berhari raya tu ada untuk sebulan ni. Boring arrrr cenggini. Time2 camni...ASTRO yang suka2 hati tayang2 rancangan tv tu rasa berbaloi la puloks.
p/s: Di hari mulia ini! Ku susun sepuluh jari! (Yang putus main mercun tu susun jer la berapa2 jari yang still ada).
Tuesday, August 28, 2012
Ceritera Raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 oreng jer yang komen:
Post a Comment