wE follOw yEw~

Monday, February 7, 2011

Operasi demi menyelamatkan ikan masin~

Wahhhh!!!! Dah lama tak menjenguk kat sini. Huhuhu~ Rasanyer sejak membina rumah yang bertangga... lepas tu rasanya terus senyap jew. Tak tau la kenapa malas betul nak prot pret prot pret dalam blog nih. Tapi tiba2 mood tu datang setelah berbulan2 blog ini disisihkan...kalau ikutkan memang banyak cerita yang sepatutnya ada dalam blog ni sepanjang tempoh penyisihan tu. Dari 'slim' sampai dah XXXXL.... dari ngajar kat kampung tukar pulak ke bandar.... dari jalan kaki and tumpang kereta orang pergi kerja sampai bawak kereta sendiri kat jalan yang sibuk giler pergi sekolah... HOHOHO~.... Macam2x benda yang tak disangka telah berlaku....

Baiklah.... mari kita balik ke cerita sebenar yang ingin 'aii' kongsi kat blog sempoi lagi 'biasa2 ajer' nih. Sila lihat gambar nasi goreng di sebelah kanan tu. "Itu bukan nasi goreng ikan masin" yang telah 'aii' masak hari ni". Hehehe~. Ekceli memang nak ambil gambar...tapi suami dah bawak sebekas nasi goreng ikan masin pergi kerja dan 'aii' pulak terus habiskan yang saki bakii tu...bila nasi goreng dah selamat masuk dalam perut, baru 'aii' teringat yang 'aii' nak ambil gambar nasi goreng tu untuk letak dalam blog nih. Ahakss~... tak kesampaian...so 'aii' guna gambar mana2 nasi goreng yang ada dalam internet. "Sorry kepada tuan punya gambar nasi goreng nih".

Bermula kisahnya 'aii' masak nasi goreng ni bila 'aii' melihat-lihat barang-barang yang ada dalam peti ais. Tiba-tiba 'aii' ternampak ikan-ikan masin di dalam plastik pemberian daripada salah seorang 'orang penting' dalam hidup suami 'aii''. Ahauww~. Terus idea nak buat nasi goreng melompat masuk dalam kepala otak nih. 'Aii' dengan pantasnya masak nasi. Bagaimanapun, semasa 'aii' mengeluarkan kepingan2 ikan masin tersebut, 'aii' mendapati ikan2 tersebut telah bercendawan, berkulat, berkulapok dan yg sewaktu dengannya.

"Oh tidakkk!!! Nasi sedang dimasak! Ikan masin pula sudah berkarat! Macam mana ni!!!!"(Gaya tak keruan).

Apapun 'aii' tak panik (tipula tak panik!). 'Aii' terus telepon 'MOTHER aii di kampung'(Kampung la sangat...).

"Assalamualaikum mak! Along nak masak nasi goreng ikan masin. Tapi ikan masin ada cendawan2 dan kulat2....boleh guna lagi ke mak???" (Agak cemas jugak la intonasi suara 'aii' nih).

"OOO.... takper tu. Basuh jer la bersih2. Kulat dan cendawan tu duduk kat luar jer tu. Biasalah...agaknya masa jemur ikan tu tak kering betul2. Tu yang naik cendawan kulat bagai tu," Tenang jer suara respon mak 'aii'. Maklumlaa... orang dah lama makan garam. Ilmu memasak tu tinggi. :D.

Makanya, 'aii' jadi lega gitew. Terus 'aii' basuh ikan2 tu semua dan masak nasi goreng ikan masin untuk suami 'aii' makan petang. Suami 'aii' time tu pulak tengah lena bertemankan bendasing2 yang keluar dari celah mata...maklumlaaa nak charge tenaga sebab kene shift malam.

Begitewlah ceritanya operasi penyelamatan ikan masin 'aii' pada hari ni. Rasanya ada tinggal 2 keping lagi. Mungkin buat masak goreng berlada je lah kot. Potong2 kecil2...lepas tu goreng dengan bawang dan lada. Huuuuu~ terbaekkkkk~.

Ok! Nanti ketemu lagi yer di 'entry' yang lain pulak. Tak tau la bila2 lagi nak jenguk blog nih. Tapi rasanya mood tu macam dah datang kembali. Babai 'readers'ku yang tak seberapa ni. Assalamualaikum! Muachhh! :D

p/s: Layan nite market dengan suami tadi sebelum dia pergi kerja. Beli pisang separuh sikat nak buat goreng. Petang esok la kot layan goreng pisang!

0 oreng jer yang komen:

Related Posts with Thumbnails

WeewiitT~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

A beautiful gift on my birthday...

Lilypie Second Birthday tickers