
'Gelenya' bukan sebarang gelenya (betul ke aku eja ni?).
Kehebatan supik gelenya dlm bidang pembungkusan tk kira dlm bentuk pepejal mahupun cecair memang cukup dikagumi di seantero dunia.
Kali ini, kegelenyaan dan kehebatannya diperluaskan lagi dengan aktiviti merebus telur di dalam supik tersebut.
"Boleh ke? Tk bocor ke?" itu ler antara ketidakpastian dan kemusykilan guru-guru pemimpin TKRS dan KRS yang menyertai kursus pentauliahan Leftenan Muda KRS peringkat daerah yang diadakan di Pusat KOkurikulum Sabak Bernam bermula 23-26 Mac yg lepas.
Setelah mencubanya, nah! Bukan main seronok lagi cikgu2 ni. Ada kumpulan yang hampir 1/2 jam menghidupkan bara tp tak jadi2. Ada kumpulan yang kebetulan berkemahiran tinggi...sekejap sahaja supik gelenya mereka yg berisi air dan telur sudah bertenggek di atas bara. Ada juga kumpulan yang tunjuk hebat cuba merebus 2 biji telur sekali gus di dalam satu supik. Alhamdulillah, ada telur yang betul2 masak, ada yang half boiled...ada yang supik terkebocoran...
Yang berjaya, tahniah! Boleh la lepas ni tunjuk lagak depan budak2. Ho3x.
p/s: tk kuasa arrrr duduk kt tempat merebus tu lelamer...dah la terik matahari, panas giler, asap berkepul2...busuk tol...eheheh~...last2 lepak dlm dewan jer tunggu dorang selesai.







0 oreng jer yang komen:
Post a Comment