Jangan pandang enteng gitu dengan Pra Pendidikan Khas... Di pra pendidikan khas,pembelajaran khusus kebanyakan murid-murid istimewa bermula sebelum ditempatkan di Pendidikan Khas Sekolah Rendah. Guru-guru Pendidikan Khas Sekolah Rendah sememangnya berterima kasih banyak-banyak kepada warga2 pendidik pra pendidikan khas kerana memudahkan kebanyakan kerja-kerja mereka. Apa tidaknyer, sekurang-sekurangnya murid-murid sudah bersedia untuk ditinggalkan bersama guru dan tidak menangis jika ibu-bapa meninggalkan mereka di sekolah. Kemudian, pengurusan diri seperti pergi ke tandas pada waktu2 kecemasan atau sekurang-kurangnya memberitahu guru atau pembantu murid mereka mahu ke tandas tidak lagi menjadi masalah. Semalam, 'aii' melawat guru dan pembantu-pembantu murid yang berdedikasi menghias bangunan Pra Pendidikan Khas SK Seri Utama... Sempat juga 'aii' merakam beberapa gambar di sekeliling Pra Pendidikan Khas. Kiranya sebagai penghargaan la letak kt blog...ho3x. Macam glamer sgt lak blog nih... :D.
P/S: Penat kene lukis mural kat bangunan Pra Pendidikan Khas... :). Seb bek tak kene warna!
Tuesday, March 9, 2010
A journey of a thousand miles begins here~... Pra Pendidikan Khas!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 oreng jer yang komen:
Post a Comment