wE follOw yEw~

Friday, May 29, 2015

Uncontrollable Laughter with SPY (Movie) 2015

Aktiviti yang ohsem sempena anniversary ke 5 yang jatuh pada ini hari 29 Mei 2015...
Bergelak sakan... sampai sakit rahang dan perot bersama SPY movie.

Ok...bukan stakat sakan je... ini sampai terbahak-bahak, berdekah-dekah, geli usus perot, mengekek-ngekek, mengilai-ngilai tahap gaban punya yer...

Memang PUAS HATI tengok SPY.

Aii' bagi 5 popcorns!

Jom layan movie ni di pawagam berhampiran. Tapi movie ni tak silap untuk 18 tahun ke atas jer... sebab ada lawak2 dan ayat2 yang agak keterlaluan yang tidak sesuai gittew untuk bebudak yang belom mumayyiz dan juga yang dah mumayyiz tapi maseh singkat akalnya. Bagi aii' klasifikasi yang sesuai adalah 23 tahun ke atas... Kekekekeke....
Citer ni pasal apa?

Dah tajuknya SPY, maka haruslah ini tentang ejen2 penyiasat rahsia CIA Amerika Syarikat. Aii' dah tengok trailer kt tv dan youtube... nampak memberansangkan.... biler tengok pulak reviews kat website "Rotten Tomatoes" komen2 yang diberikan sungguh positif dan meyakinkan... So, aii' sajeslah movie ni kepada suami aii' untuk ditonton.

Baiklah, untuk beri sedikit gambaran tentang jalan ceritanya.... kisah SPY ni tentang seorang ejen CIA bernama Susan Cooper yg berbadan gempal dan obes yang sebenarnya memang sangat hebat dan cekap tetapi dek kerana faktor saiz badan dan penampilannya yang tidak menonjol, dia hanya berkerja di belakang tabir dan menjadi pembantu kepada partner CIAnya yangberkerja di lapangan (meaning yang buat undercover) bernama Bradley Fine. Kekacakan dan karisma yang dimiliki Bradley Fine turut membuatkan Susan jatuh centa dan sanggup berbuat apa sahaja deminya termasuklah menolongnya memecat tukang kebun jejaka idamannya itu.
Sehingga tiba-tiba satu tragedi 'berdarah' berlaku kepada jejaka idamannya itu semasa melakukan tugasan yang membuatkan Susan ingin membalas dendam dan menawarkan diri untuk melakukan 'undercover' demi mencari orang yang telah membunuh jejaka idamannya itu.

Haaa.... apa yang berlaku? U ols kene tengok sendiri. Aii' sampai sekarang masih lagi terkekek2 ketawa bila mengenangkan kembali babak-babak yang ada dalam filem tersebut. Serius memang berbaloi tengok sebab setiap babak akan mengundang ketawa yang luar biasa... walaupun berkategori komedi, babak-babak aksi dan lasak tidak diambil remeh dan segalanya tampak 'real' dan bersahaja. Pelakon-pelakon utama dan pembantu menunjukkan mutu lakonan yang berkesan dan membantu di antara satu sama lain.

Apa lagi... Silalah layan movie SPY ni dan nikmati kelucuan dan kelawakannya yang tidak terhingga.
Pesanan aii' jangan makan popcorn sambil tengok citer ni...takut menyembur popcorn sebab ketawa terbahak-bahak.


Top 3 watak feveret aii' dlm movie ini:

1) Susan Cooper: Dialog lawak, pergerakan tangkas dan lakonan menjadi

2) Rick Ford: Siyes dialog dia memang tahap lawak bangang giler2... (hamik ko). Memang berdekah2 aii' dengar dialog dia. Tak sangka di sebalik body tough dan muka macho, dia berjaya bawak watak 'spy' yang bodoh2 alang, perasan hebat dan poyo dengan jayanya.

3) Aldo: Walaupun wataknya tak brape nak banyak dan lebih kepada ikon lucah dalam movie ni, namun kehadirannya memang mengundang ketawa yang sangat melampaui batas norma2 ketimuran gitew.



Top 3 babak kegemaran aii':

1. Babak setiap kali Susan Cooper mendapat identiti baru untuk tugasan undercover sebab identiti2 tersebut memang lawak giler.

2. Babak semasa Susan dan Rick Ford berpautan pada kaki (?) Helikopter. Hahaha.... siyes nyampah sbb lawak sangat dorang masa tu.

3. Babak Rick Ford bawak motobot konon nak pegi Paris tapi sebenarnya dia bawak motobot tu kat tasik. Dia ingatkan dia sedang berada di laut. Hahahaha...



Sebenarnya memang banyak sangat babak2 yg lawak lagi2 kalau ada Aldo. Babak2 suasana basement office CIA juga lawak sebab kelawar dan tikus turut menjadi watak mencuit hati dalam filem Spy ni.

Memang mantop dan 'Thor'baekkkk!

Apapun pesanan aii', tontonlah filem ni dengan penuh keterbukaan minda sebab ada babak2 dan ayat2 yang mungkin kurang sopan... Itu sebahagian daripada sumpah seranah carut marut orang2 Hollywood. Hohoho...




P/S: Suami aii' gelak berdekah-dekah sambil ketuk botol 'mineral water' kosong kat kaki aii'. Apekahhhh??? 

0 oreng jer yang komen:

Related Posts with Thumbnails

WeewiitT~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

A beautiful gift on my birthday...

Lilypie Second Birthday tickers