wE follOw yEw~

Wednesday, December 3, 2014

The Hunger Games - Mockingjay part 1

First of all...
Sesaper yang belom tengok filem sebelum ni which is The Hunger Games Catching Fire silalah berbuat dahulu samada secara online ataupun tgk VCD/DVD...

Kalau tak, u ols akan lost sebab u ols mesti tak paham... "what the tuutttt... wut the fish.... ape ni??? Kenapa jadi camni?.... or... ni citer apa? Sape dia ni?".

And kalau nak lagi rajin leh la tengok Filem yang first skali iaitu The Hunger Games.


Memang aii' menunggu filem The Hunger Games - Mockingjay part 1 ni lepas aii' menggelepar nak tahu apa sambungan dia lepas Catching Fire.

Bagi aii' memang berbaloi-baloi penantian itu walaupun macam biasalaaa ending dia menyakitkan hati sebab kene tunggu the next sambungan Mockingjay part 2.

Untuk part 1 ini, suasana penceritaan... plot dan lakonan bla,bla,bla lebih beremosi... tak banyak sangat aksi berbanding dua filem sebelum ni tapi tetap menarik sebab setiap kali babak aksi, memang tidak mengecewakan dan kita pon rasa teruja. Tambahan lagi banyak plot yang tidak terjangka dek akal fikiran aii'...hahahah.... Kita fikir camni...tapi tetiber lain pulak jadinya... and banyak elemen suspen... memang berdebar dan risau jer sepanjang cerita sebab takleh nak expect what is coming next and next and next. Dan syabas juga...walaupun banyak watak dan karakter baru serta lama yang ditonjolkan kali ini, ianya bersifat sama rata dan tidak hanya fokus kepada Katniss Everdeen sahaja dan kita tak terasa yang satu2 watak tu overshadow watak yang lain...

Just Nice laaa.... hahahaha...

Aperpon memang menanti Mockingjay part 2 yang dijangka keluar tahun hadapan 2015... hopefully ada sesuatu yang menarik akan ditonjolkan dan 'happy ending'... Kahkahkahkah...

Dan semoga watak Professor Snow akan dimusnahkan dengan cara yang hebat dan menakjubkan (lalalalala~).

Yang menarik bagi aii' kali ini:
- Aksi meletupkan jet The Capitol menggunakan anak panah
- Katniss meminta agar adiknya dapat memelihara kucingnya di District 13
- Katniss menyanyi lagu The Hanging Tree yang kemudiannya menjadi lagu yang menyuntik semangat yang lain ketika menyerang sebuah empangan kalau tak silap di District 5
- Rakaman Katniss yang dibuat selepas kemusnahan sebuah hospital di District 8 (Kalau tak silap lagi...hehehe)
- Meruntun jiwa aii' semasa Katniss tersentak dan merasakan dia akan kehilangan dua orang jejaka yang sangat 'loikkke' kan dirinya semasa misi menyelamatkan pemenang-pemenang Hunger Games yang ditahan dan diseksa di The Capitol.

So, still ada time lagi untuk u ols menonton filem ni! Happy watching! Aii' bagi 5 popcorns!!! Krup krap krup krap!!!










P/S: If we burn... you burn with us...

0 oreng jer yang komen:

Related Posts with Thumbnails

WeewiitT~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

A beautiful gift on my birthday...

Lilypie Second Birthday tickers