"Alhamdulillah...selamat sudah bersalin anak ke-2 baru2 ni..."
Hoh...bajet anak macam artis la konon nak war2kan kt sumer nama anak. Huhuhu...Ekceli yang kedua ni lama and jenuh sungguh nak fikir nama. Google kat tenet, tengok buku2 nama baik2 dalam Islam, tanya member2... ahakss... sebenarnya nama Aneezs atau sebut Anis (silent Z) tu bukanlah nama yang aii' nak bagi kat anak dara aii' ni. Adalah beberapa nama yang difikirkan...tapi last2 nama Aneezs jugak aii' hamik. Batrisyia tu daddynyer yang pilih...punyala lama daddy cari nama. Hoho...sampai nak dekat tarikh expired daftar nama kat JPN.
Alhamdulillah...sepasang sudah... cuma nanti tinggal satu jer lagi peluang... lepas tu doktor suruh ikat dah. Hurmm... ni pun doktor kata "Puan,sila REHAT minimun 3 TAHUN yer,"
OK, aii' suka jer kena rehat 3 tahun atau lebih...aii' rasa 4 years ok kot...rasa selesa sket anak2 dah besar, kewangan mungkin stabil sket... kira ok la tu... :D.
Tengah2 confinement months ni...Ya Ampun....BOSAN SUNGGUH!. Ahakss... Biasala kan...kengkonon macam takder life la kan... Aneezs tengok muka aii', aii' tengok muka Aneezs...pastu tengok skali muka abang dia si Anazs... :). Oh yer...Anazs ada photoshoot kat taska hari ni. So, hari ni dia pakai baju cantik (baju yang diguna untuk pergi jenjalan). Siap aii' minyak and sikatkan rambut dia lagi. Takderla kembang cacak2 macam rambutan. :). Bangun pagi tadi pun abangnyer tertib jer tak ngamuk2...aii' siap mandikan, bedakkan... sarung baju 'cantik'...turun bawah makan nasi lemak dgn telur goreng (4 sudu jer ponnnn)...minum susu and nenek dia pun drivekan dia ke taska. (Nenek ok, sebab aii' kan tengah berpantang ni...kat umah parents aii'...).
p/s: Lekas Aneezs besar!!! Cepat meniarap, merangkak, tatih2, berjalan, berlari!








0 oreng jer yang komen:
Post a Comment