Assalamualaikum... pagi Isnin u ols...
Yerr...fungsi azan adalah memberitahu telah masuknyer waktu solat dan mengajak insan manusia meng'imarah'kan masjid2 dan surau2 untuk berjemaah.
Justeru itu...kalau tidak sampai tahap merdu pun...sekurang2nya biarlah suara azan itu sedap didengar serta lembut sebutannya. Mungkin anda bukan Mawi atau Allahyarham Ustaz Asri atau
Mungkin dengan laungan 'Merdu Cara Anda' itu boleh menyentuh hati orang bukan Islam untuk mendengarnyer???
Kesah berlaku semalam ketika waktu Zohor. Sedang aii' cuba 'mendodoi' Boboi untuk tidur...tiba2 gegak gempita suara pakcik kat surau depan rumah kitorang... Pakcik ni memang terkenal dengan suara gegak gempita ala2 macam marah orang la kalau dia azan. Selalu tu tak teruk sangat (walaupun teruk jugak la suara dia), tapi semalam memang paling teruk ala2 nyaris bernanah la telinga ni mendengar.
Reaksi Boboi?
Terus dia membulatkan matanya, bangun dari pembaringan...
And sebut perkataan feberet dia kalau terdengar benda meletup/guruh/mercun... "OHHHH?" Dengan mulut menganga kecil. Terus dia peluk aii'...
Anak aii' ni memang suka dengar2 azan kat TV tu...siap ikut lagi. Tapi kalo dah cenggitu bunyi azannyer?
Maknanya laungan azan terkejut daripada pakcik tu sama taraf la dengan bunyi gurun, mercun, segala bom yang ada....
Bukanker tu tak elok bunyinyer? Apa pulak kata jiran2 lain yang non muslim? Alangkah elok kalau pakcik tu berusaha melembutkan suaranya kalau dah tau suara tak merdu, janganlah meng'garang'kan lagi suara tu...
Mintak tolong laaaa tukar orang lain...mungkin pakcik tu jenis yang stress sepanjang masa? :)
p/s: Ramai non Muslim yang tergerak hati nak peluk Islam just sebab dengar azan yang merdu...








0 oreng jer yang komen:
Post a Comment