wE follOw yEw~

Tuesday, January 15, 2013

So long Merlin!

Berakhir sudey citer Merlin 5 Musim semuanya. (Tringat memula tengok citer ni tahun 2009...pastu terus melekat setia gitew tunggu citer ni kat TV3)

Lepas ni takder dah muka suci dan jambu Merlin lakonan Collin Morgan yang sering dibuli oleh Raja Arthur. Ahakss...semuanya kerana Merlin hanya sampai musim ke 5 sahaja.

Terima kasih kerana pernah mewarnai malam2 Ahad2 aii (dulu Ahad) and lepas tu jadi Isnin pulak. Jika diperasani u ols, season kali ni TV3 banyak mempercepatkan citer Merlin dengan menjadikan citer tu sekali tayang 2 jam terus ketika di awal2 episod dan juga untuk episod terakhir ini.

Untuk 2 episod final yang baru jer berakhir tadi, aii' telah bersiap sedia di hadapan tv (haish...kan bagus kalau dengar ceramah camni) dan cuba untuk menahan mengantuk (ntah kenapa satu jam pertama tu aii' asyik ngantok gilers and terbabas beberapa minit setiap kali lepas iklan sebab time iklan tu aii' amik peluang lelap mata cikit) tapi bila sampai episod sejam terakhir terus segar mata and setia menonton sehingga habis.

Sesungguhnyer (eceh) pada episod terakhir ni menayangkan peperangan di antara tentera2 Morgana dan juga Camelot tapi peperangannya of course idokla sehebat dalam citer Lord of the Ring gitu. :). And dalam sejam pertama ni menyaksikan Merlin kehilangan power angkara Morgana dan dia meninggalkan Arthur berperang sementelaah dia pergi mencari semula kuasanya yang hilang di Gua Kristal (lupa lak apa tempatnyer rasa mcm Lembah Raja-raja mangkat). Kat situ memang nampak sangat terdesaknyer Merlin sebab selama ni dia kan ada kuasa pastu bila tetiba takder dia jadi ala2 macam orang hilang arah dan takleh nak buat kerja.

Malangnyer Arthur berjaya di'concoks' (cucuk/tikam/tusuk) rusuknyer dengan pedang Modred yang ditempa dengan api naga putih Morgana yang ada penyakit Albino gamaknyer (sebab kulit putih) and kemudiannya disorokkan oleh Merlin dan Gaius kat hutan banat supaya Morgana tak jumpa. Oh yer...Modred mati jugak la sebab Arthur tikam dia balik. Peperangan lak dimenangi oleh Camelot lepas Merlin bertukar jadi orang tua feberet dia tu and tembak2 sumer tentera Morgana (of cos pakai magik).

Episod sejam akhirnya, Merlin revealed secret dia kat Arthur. Mcm biasa la mula2 mestilah Arthur marah2 manja gitew sebab Merlin tak bagitau. Tapi lepas kena pujuk dengan Gaius, Arthur pun mengalah and setuju follow Merlin pergi berubat kat err.... tak ingat la nama tempat tu. Dia ala2 tasik besar tempatnya tu. Tapi cam biasa laaaa Morgana kacau daun lagi tapi senang citer Merlin 'concoks' dia pakai pedang Merlin yang OFCOS tempa pakai api naga jugak kan... (kalo sumer ingat la aii' rasa season 2/3/4? pedang tu dibuat). So matilah Morgana yang durhaka dan membuat onar itu. Hehehe... Tapi tetiba Arthur lak tak larat (dan2 tu jer nak menghembuskan nafas yang berakhir). So, kat sini ada babak2 air mata dan saling bermaafan sesama mereka. Sedih jugak tapi biler mengenangkan tenungan ala2 gay gitu di antara mereka, aii' tak jadi nak terharu sama. Hahahaha...

OK, kali ni Arthur mati yer...Aii' mengharapkan ending yang happily ever after tapi cliche la kan kalo camtu. So, Arthur mati and Merlin meraung kesedihan (sangat gay yer). Even naga yang tua dan hebat tu pun takleh nak wat apa2. Bini Arthur si Gwen pun otometik ganti Arthur and jadi Balu terkaya abad itu.

And the best part...hahahaha.... teriber jer skrin kacau bilau and tetiba ada lori bergerak kat jalan raya. Kalau dah ada lori tu of cos zaman sekarang. Tetiber nampak ada orang tua ala2 macam gaya peminta sedekah baju buruk jalan kaki di tepian jalan and aii' pasti penonton sumer dah boleh agak tu Merlin. Hebatnyer Merlin hidup merentas zaman tu. :D. Kebetulan dia melalui jalan tempat tasik Arthur mati dan dihanyutkan dalam sampan dulu. Ohhhh sungguh legend! :). Kat situ aii' tergelak besar. Of cos laaaaa...sampai camtu sekali kawwww endingnya!

Apapun aii'll be missing this citer laa... Merlin patut boleh bawak ke layar perak gitu. Maintain the same casts pastu wat storyline baru and CGI yang canggih manggih. Bestnyer kalo dapat tengok Merlin kat pawagam!

p/s: And His Name is....MERLIN~



 


0 oreng jer yang komen:

Related Posts with Thumbnails

WeewiitT~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

A beautiful gift on my birthday...

Lilypie Second Birthday tickers