wE follOw yEw~

Tuesday, October 16, 2012

Bertenang...satu pembelajaran sepanjang hayat...

Semalam sambil menjaga kelas peperiksaan, sempat aii' menggodek sebuah majalah 'SOLUSI' kepunyaan seorang cikgu PPKI.

Tajuk bulan itu bercerita tentang sabar.
Alangkah aman dan bahagianya dunia jika semua insan mengamalkan kesabaran dalam kehidupan.
Yea,yea ada yang mengatakan "Cakap senang la sabar,sabar tapi nak buat susah."
Bayangkan jika semua manusia tiada seorang pun yang bersabar di dunia ini?
Apa agaknyer yang bakal terjadi?
:)

Bertuahlah orang-orang yang dikurniakan kesabaran sepanjang masa. Ditimpa pelbagai musibah atau kesusahan, kesulitan serta kecelakaan...mereka masih boleh bersabar. Bertuah juga kepada orang-orang yang bukan jenis yang bersabar, tetapi pada saat ketika dia perlu dan patut bersabar dia dengan tiba-tiba dan 'sukarela' boleh bersabar. Tahniah juga kepada orang yang boleh berpura-pura bersabar sedangkan dalam hati rasa nak meledak kemarahan tetapi bila dia memikirkan akibat yang bakal berlaku jika dia tidak bersabar, dia memaksa diri untuk bersabar demi kesejahteraan diri dan orang lain.

Hikmahnya bersabar... boleh dirasai sendiri.

Dalam berbeza pendapat di dalam kehidupan seharian, tentulah ada yang terguris hati... terguris perasaan, tidak puas hati sehinggakan membawa kepada kemarahan. Takder manusia yang boleh terlepas dari sikap tersebut. Perasaan marah ni sebenarnya ujian kepada kemampuan seseorang insan. Bolehke dia mengawal agar tidak melampaui batasan serta tidak melepaskan kemarahan kepada orang yang tidak sepatutnya... atau bolehkah dikawal dan disampaikan segala ketidakpuasan hati itu dengan cara yang berhemah?

Pentingnya bila kita berusaha untuk 'Bertenang' agar dapat mengawal segala ketidaksabaran di dalam diri kita. Dari 'Solusi' tu, ada cerita 9 cara untuk meraih sifat tenang tapi dalam keluaran ni cuma ada 3 cara jer dan yang lain-lainnya akan bersambung di keluaran yang akan datang (F.Y.I, keluaran ni dah lama tahun 2011 gitew... huhu).

Pertama, LEMAH LEMBUT.
Rahmat dan belas kasihan kepada orang yang bersalah serta berlemah lembut dengannya. Dalam Surah Ali 'imran 3: 159 Allah berfirman: Maka disebabkan rahmat daripada Allah jua kamu berlaku lemah lembut kepada mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah keampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya.

Seorang lelaki telah mengutuk Abu 'Amir al-Sya'bi rhm. Tidak pulak Abu 'Amir tu mengutuk balik atau mengamuk sakan (kalau kita 'confirm' ngamuk balik...hehe). Beliau berkata kepada lelaki itu, "Sekiranya aku benar sepertimana yang kamu katakan, moga Allah mengampuniku. Dan sekiranya aku bukan sebagaimana yang kamu katakan, maka semoga Allah mengampuni kamu."

Diriwayatkan daripada Abu al-Darda' r.a: "Sesungguhnya ilmu boleh diperoleh dengan belajar, manakala sifat pemaaf (hilm) diperoleh dengan berusaha memberi maaf. Sesiapa yang sentiasa mencari kebaikan akan diberikan kepadanya, manakala sesiapa yang menjauhkan diri daripada kejahatan akan terpelihara daripadanya." (Riwayat al-Tabarani, sanadnya Hasan).

Pernah dengar ayat2 orang sekarang... "I boleh maafkan you tapi nak lupakan apa yang you pernah buat kat I, rasanya tak boleh dan amat sukar sekali,".

Of course, sebab tu semua memang ada dalam memori u ols...lebih2 lagi kalau kesah sedih. Tapi tak apa, sebab kita dah memaafkan... Macam orang bercerai sebab ex-suami/isteri curang (contoh), masing2 boleh memaafkan pasangan masing2...tapi untuk lupakan atau erase peristiwa pernah terskodeng ex-bini/laki tengah dinner dengan orang lain...for sure la tak boleh nak lupakan. :).

Kedua, BERLAPANG DADA.
Selain dari berlapang dada, bersangka baik dan mempunyai kepercayaan yang baik terhadap orang lain juga boleh menjadikan seseorang itu pemaaf atas kesalahan orang lain.

Berkata seorang bijak pandai: "Sebaik-baik akhlak yang mulia ialah kemaafan daripada orang yang berkuasa dan sifat dermawan orang yang memerlukan."

Apabila seseorang yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman ke atas musuh yang berada di tangannya, tiba-tiba melepas dan memaafkannya, alangkah mulis dan hebat perbuatannya!. Begitu juga sedekah atau pemberian yang dilakukan oleh seseorang atau pemberian yang dilakukan seseorang yang dirinya sendiri pada hakikatnya memerlukan dan berhajat kepada benda itu, tetapi dia tidak mementingkan diri malah lebih mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri.

Ketiga, MENJAGA KEMULIAAN DIRI SERTA MEMPUNYAI KEAZAMAN DAN SEMANGAT YANG TINGGI.
Apabila seseorang insan itu menjaga dirinya daripada memaki dan mencerca orang lain, ini dengan sendirinya akan mengangkat dirinya daripada martabat tersebut. Ini kerana orang yang tidak menjaga keperibadiannya akan mudah mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, bahkan merendahkan kedudukan dirinya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha menceritakan bahawa beberapa orang Yahudi telah datang menemui Rasulullah s.a.w. Mereka lalu mengucapkan 'Assamu 'alaikum" (Sam: satu kalimah tidak baik bererti mati atau celaka). Maka Aisyah pun berkata: "Aku memahami apa maksud ucapan mereka itu lalu aku menjawab : "Ke atas kamu 'sam' dan laknat!".

Rasulullah s.a.ws lalu bersabda yang bermaksud: "Bertenang wahai Aisyah. Sesungguhnya Allah suka orang yang lemah lembut dalam semua urusannya. "Aisyah bertanya: Tidakkah tuan dengar apa yang mereka ucapkan untukmu?" Rasulullah menjawab: "Aku mendengarnya dan aku telah menjawabnya 'Wa'alaikum' (iaitu ke atas kamu juga apa yang kamu ucapkan itu)." (Riwayat al-Bukhari)

Tu yang sempat aii' berikan dari majalah 'Solusi' yang aii' baca semalam. Banyak lagi citer2 menarik tentang kesabaran... Apa lagi, jom kita semua berusaha untuk bersabar. InsyaAllah, lama-lama nanti sifat kesabaran itu akan sebati di dalam diri kita!

p/s: wah... ilmiah betul entry aii' kali ni... hoho~

0 oreng jer yang komen:

Related Posts with Thumbnails

WeewiitT~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

A beautiful gift on my birthday...

Lilypie Second Birthday tickers