wE follOw yEw~

Friday, January 13, 2012

Takkan ada yang perfect~

Ibu-ibu berkerjaya yang confirm tak dpt jaga baby2 dorang mesti akan hantar ke nursery atau pengasuh atau rumah parents (kalau parents volunteer nak jaga). Kan?

And biasalah, bila dah orang lain jaga...kadang2 tu ada jer benda yang kita tak puas hati. Tak kesahlah dari segi penjagaan diri (bab mandi ker, kebersihan anak ker, cuci bon2 ker, pampers ker), penjagaan botol susu (puting berkulat, botol ada kesan2 susu etc), penjagaan baju (tak cuci bersih, kes tertukar baju lain, hilang), penjagaan keselamatan (anak luka ker, terhantuk, tersepit pintu ker) dan banyak lagi. Kira pepaham sendiri lah.

Aii' pun tak terlepas hantar kat pengasuh. Dia pun memang dah bertahun2(puluh tahun) jaga budak so aii' rasa konfiden bila hantar anak aii'.

Jadi bila dah hantar ke pengasuh, banyak benda kita kena tolerate dan bersabar. Tak boleh nak perfect sangat walaupun kekadang tu makan hati jugak banyak benda. Tapi nak wat camner...dorang pun ada budak lain jugak nak jaga di samping nak menguruskan kerja2 harian... Anak aii' ni pun lasak budaknya and aii' tau memang penat jaga dia sorang (baru dia sorang memang dah penat). So, aii' redha dan pasrah kalau ada sket2 benda yang tak kena tu. Kita pon kena paham pengasuh maybe penat. Jadi ada benda yang dia tak leh uruskan se'detail2'nya and mana yang boleh and sempat tu, pengasuh akan buat. Bak kata kawan sesamer cikgu kat skolah aii, "Kita terima je lah seadanya, wani. Lebih kurang jer lah,".

Aii' pun tak terlepas dari masalah puting botol anak aii' berkulat. Masa pantang dulu, 3 bulan pakai botol susu takder kes puting berkulat sebab everytime lepas anak aii' nyusu pakai botol, kitorang (aii' dan family members) terus rendam dalam bekas kecil berisi air dan pencuci botol. So, memang menten bersih. Bila dah hantar pengasuh... hurmm... tetiba puting botol berkulat2 manja gitew. Aii' memang frust sebab puting Avent ni mahal so everytime aii' amik anak aii', aii' bawak balik semua botol untuk dicuci bersih2 (gonyoh2 dengan berus, pencuci botol and siap rendam air panas and pastu gosok lagi!). Tapi biasalah...bila dah berkulat tu...SEBATI lak tu kat puting, susah la nak tanggalkan dah.

Entahlah...aii' cuba untuk positif jer sepanjang masa. Aii' cuba positif and fikir yang pengasuh aii' tu mungkin terlampau busy and banyak kerja. Memang la saper yang nak bagi anak makan kulat? Kalau kita sendiri pun taknak kan? However, aii' paham bukan semua orang leh terima. Tapi that's the price we have to pay when we send our child to babysitter/nursery. Kalau tak leh terima, terpaksalah kita jaga sendiri yer tak. Bila kita sendiri yang jaga, kita sendiri tahu apa yang kita mahukan. Of course the best untuk baby.

Aii' GOOGLE2 pengalaman ibu2 lain yang mengalami masalah yang sama.... Most of them ramai yang bersetuju botol yang dibiarkan terlalu lama selepas bayi minum susu mengakibatkan kulat. And ada petua suruh gosok dengan garam halus (aii' nak cuba lah nanti). Ramai jugak mengatakan puting memang bila guna more than 2 months, mula la mengumpul kerak2 susu pada puting dan kemudian akan berkulat. Tapi aii' percaya rendam terus botol dalam air berisi pencuci botol bayi sejurus je baby habis guna memang cara yang baik bagi ibu2 yang tak larat nak basuh terus. Apapun bagi aii', aii' suka basuh terus botol susu bila berkesempatan. Tak kisah lah kalau ada orang rimas dengan cara aii' yang kejap2 basuh botol, kejap2 basuh botol kan... tapi aii' rasa ni yang terbaik untuk elak terjadi masalah2 macam ni.


p/s: no comment! :) and no picture as well.

0 oreng jer yang komen:

Related Posts with Thumbnails

WeewiitT~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

A beautiful gift on my birthday...

Lilypie Second Birthday tickers