wE follOw yEw~

Wednesday, February 29, 2012

Unik~

Sempena 29 April yang melompat2 4 tahun sekali ni.... (Johan kat JOHARA pagi tadi sebut 4 kali sekali...hehe), aii' nak cerita tentang UNIK. Unik ni.... kiranya macam SPECIAL, LAIN DARIPADA YANG LAIN, PELIK, errr apa lagi eks? JARANG2.... ermm...etc la yer u ols.

Maklumlah... 4 tahun sekali baru ada, tu yang sesaper yang lahir 29 April ni dianggap UNIK and SPECIAL.

Justeru itu, aii' nak citer tentang apa yang aii' pernah rasa/nampak/dengar orang lain cakap UNIK tentang seseorang masa aii' zaman sekolah2 dulu.

1) Lefthanded (Tangan kidal/kiri)
- Memang selalu dipandang unik orang yang bertangan kidal ni. Kalau kat sekolah tu cikgu mesti suka tanya "saper menulis tangan kiri?". Bukan saja bab menulis, malah menggunakan sudu garfu, menggunting, iron baju, main badminton, memasak (pegang sudip) sumer nak guna tangan kiri. Orang bertangan kidal ni juga biasa dikaitkan dengan kreatif padahal takderla sangat pon. :). OK, aii' pengguna kidal and masa bebudak dulu rasa macam pelik sebab orang lain ramai guna kanan...tp bila dah besar ni aii' rasa spesel.

2) Berkaca mata
- Sekarang memang orang dh tak berapa kesah malah jadi trend pulak. Yang tak rabun pon sajer wat2 rabun suka2 ati jer layan pakai cermin mata. Konon nak nampak intelligent kot? :D. Masa zaman sekolah rendah dulu...0r awal2 80/90an biasanya pemakai cermin mata dianggap dan dikaitkan dengan weird dan agak nerd. Lagi2 time skolah rendah dah kena pakai cermin mata. Kalau yang spesis nakal2 sket tu pergi lak sorok cermin mata member. Kekadang ada budak malu nak ngaku rabun. Yelah, rabun ni kan selalunyer orang tua... Tapi sekarang cermin mata dah dianggap fesyen wehereby kita kena pilih yang bersesuaian dengan muka la itu la ini la... and pilih warna yang best2. Aii' memang pakai glasses and tak tringin nak try contact lenses.

3) Terer berbahasa asing (termasuk bahasa inggeris)
-Hoh, ini memang kagum laa... Ahakss... Dulu2, bila dengar Mahathir Lokman prot pret2 cakap bahasa asing, jelesnyerrr.... Ahakss... Rasa best lak. Pastu kalo tengok tv ada pengacara bangsa melayu leh lak 'ngomong' cina/jepun/korea (yang ni latest OK) oohhh....sungguh rasa best and kagum rasanya diri ini. Sangat UNIK ok, camner dia boleh terer. Hahahaha~. Kekadang tu masa tak berapa mumayyiz dulu pernah terpikir "Alahh...dah dia anak kacukan mestilah terer," or takpun "Dah dia dulu lama duduk kat obersea,". Ahaksss.... Aii' belajar skolah arab dulu....tapi tak pandai2 nak menguasai bahasa arab...so, rugi kan? :D

4) Anak kacukan
-Ahaksss.... dedulu zaman bebudak kalo nampak anak kacukan mesti nak tengok lelamer... lagi2 kalau spesis comel lote, hensem mensem...:D. Zaman dedulu pon anak kacukan tak berapa expose lagi tu yang bila nampak tu rasa PELIK sket mesti nak tengok banyak kali (even sekarang pon sama jerrr...hahahaha). Dulu macam jeles jerr naper aii' tak jadi anak kacukan...Ya Allah! Tak mumayyiznyyer aiiiiii'!!!! Wakakakaka~.

5) Pandai bermain PINANO (piano)
- Tak semua orang boleh main alat muzik, OK. Unik la tu. Kenapa piano? Entah la... aii' suka piano. :). Kebetulan aii' ada beberapa 'cousins' yang ada piano kat rumah. Setiap kali datang raya, mesti pakcik makcik aii' suruh dorang main piano lagu raya. Masa tu aii' rasa KAGUM and of course jeles yang agak melampau sebab aii' tak pandai main piano and tak ada piano. Ahakss... Selalu kalauu pergi rumah orang yang ada piano, mesti aii' usik sket2 piano dia. :). Masa skolah rendah ada 2,3 of my classmates yang terer main piano... actually they went for piano lesson. Melopong aii' dengar time tu... maklumlaaa tak mumayyiz kan. :D. Sekarang ni aii' layan virtual piano jer dalam laptop. Stakat tot tet tot tet gitu jer lepas geram.

6) Hafal Al-Quran
- Kalau satu Al-Quran tu memang mantop la kan. Tapi kalau tak satu Quran pun, even surah2 panjang pun dah kagum ya amatttt........... Kekadang tu selamba jer baca and sambung ayat kalau disuruh. Huh...memang UNIK and special kepada yang diberi keistimewaan itu. Kita2 ni time suruh baca tengok Quran pun liat. Tajwid pon berterabur. Kekadang menyebut huruf jawi pon tak betul makhraj (tempat keluar hurufnyer). Lagi2 kalau tau maksud sekali. Bertuah! Aii' cuba untuk hafal semua surah2 lazim....masa sekolah rendah dulu hafal... pastu ish3x, tak amalkan selalu lelamer lupa. Bahaya tu!

Aii' rasa macam banyak lagi KEUNIKAn yang aii' pernah terfikir suatu ketika dahulu. Tapi x berapa ingat. U ols lak? Ada KEUNIKAN yang u ols pernah terfikirkan?

p/s: Tengok MHI pagi tadi citer Guiness Book of Records:- Atuk, Bapak (anak lelaki atuk itu) dan anak perempuan (cucu kepada atuk itu) lahir pada 29/2. UNIK kan? Tapi bapak aii, aii dan anak laki aii lahir tarikh yang sama 20 April (takder nak set2 tarikh bersalin...memang rezeki). UNIK la jugak tapi bukan 29 Feb. :)

0 oreng jer yang komen:

Related Posts with Thumbnails

WeewiitT~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

A beautiful gift on my birthday...

Lilypie Second Birthday tickers