Baru jer beberapa minit yang lalu, 'aii' mengajar tajuk 'Perlantikan Nabi Muhammad (S) sebagai Rasul' di kelas pendidikan khas.
'Happening' sket hari ni sebab sesi soal jawab selepas P&P dijanjikan duit syiling 10,20 dan 50sen mengikut kesusahan soalan. =D. Maka budak2 ni bersemangat berebut2 nak dapatkan duit2 syiling tersebut. Ada juga di antara mereka yang meminta rm1 sebagai ganjaran setiap kali mendapat jawapan yang betul. Ada jugak yang gatal mulut mintak rm10. Hehehe...'demand' tol. Tapi 'aii' dah 'explain' "Siapa dpt jawab banyak soalan, kumpul2 duit nanti jadilah rm1." Satu lagi jawapan...(yg ni kira dah expired),"Wahai murid2 sekalian, kalau tak cukup 10sen tak boleh beli rumah". Yuuuuuhuhuhu~.
Lepas jer tayangan power point gambar GUA HIRA' and sesi bercerita oleh 'aii', sesi soal jawab pon bermula. Bermula dengan ganjaran 10sen kemudian naik kepada 20 sen. Selesai semua soalan ditanya, bermulalah soalan berharga 50sen. 'Aii' tengok, ramai yang teruja bila sebut 50sen....menganga2 mulut memaseng. Ni agaknyer dalam kepala mesti dah terbayang gegula ker, aiskrim ker....(Agaknyer braper ramai yang ingat nak menabung? Teehehehee~). Walabagaimanapun, takder saper yang berjaya dapat duit 50sen ni sebab yang berani mengangkat tangan perlu menjawab lebih dari 2 soalan. Bila dah lebih menjawab tu mulalah lupa sana sini...'and' konpius pun ada.
Kesimpulannya murid2 pulang dengan gembiranya sebab dh kutip duit syiling hasil menjawab soalan. Apapun, takleh wat selalu sebab cikgu pun nak duit syiling buat bayar tol. =D. Kalau rasa ada lebih tu barulah buat. Selalu tu bagi gula2, atau kuih-muih jer bila murid dapat jawab soalan.
p/s: Manusia memang sukakan ganjaran... sebab tu ada dosa pahala. cuma tak nampak jer. Kalau nampak agaknyer lagilah berebut2 manusia nak buat kebajikan. :)
Tuesday, October 11, 2011
'Excited'nya murid menjawab soalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







0 oreng jer yang komen:
Post a Comment