wE follOw yEw~

Wednesday, July 20, 2011

Bila daddy terlebih kreatif :D

Boboi dan 'aii' sangat BERTUAH dikurniakan seorang ketua keluarga yang sangat kreatif. Kadang2 orang tak terfikir pon benda2 yang dia dah buat. Tapi kalau terfikirkan pon, belum tentu kita berani nak buat atau dapat melakukan atau sanggup melakukan atau macam2 lagi laaa.... JOM kita tengok apa yang abe dah lakukan demi Boboi tersayang.
Buaian emergency untuk boboi yang tak reti2 nk tido sendiri. Kena berbuai jugak. *Gambar diambil di kampung. Bahan-bahan yang diperlukan: Buaian dari carseat, tali ikat kotak, kelambu katil yang lembut tu....and jangan lupa pokok yang berdahan rendah untuk mengikat carseat. Dengan hayunan penuh kelembutan berserta angin sepoi2 bahasa menggantikan kipas dan aircond, boboi tido lena diulit mimpi indah.

Jika anda membawa anak melihat pameran...tak kesah la pameran bayi ker, pameran perabot ker, pameran hartanah ker etc...dengan membawa bayi dan tempat menukar lampin bayi jauh dari kawasan pameran, jangan panik jika lampin bayi anda sketttt jer lagi nak full or dah terbocor or bayi dah ter o'ok. Abe telah mencari tempat ala2 tersorok sket (ekceli tempat ni tempat orang2 merokok kat dalam bangunan midveli). Dengan beralaskan tong sampah besar warna hijau (tong sampah bersih sebab bukan kt tempat makan), gunakan kotak yang telah dileperkan sebagai alas dan kemudian alas lagi dengan kain lampin bersih. Then boleh letak boboi atas hamparan kain lampin tu dan mulakan proses penukaran lampin pakai buang anda! Bahan2: Tong sampah besar atau apa jua tempat yg anda rasa sesuai (Kalau boleh biar tinggi sket supaya boleh berdiri bila tukar lampin), kotak kosong, kain lampin.


Ok... kreativiti yang ni memang 'aii' tak berkenan langsung. Seperti yang u ols tahu, boboi memang kena berbuai kalau nak tidokan dia. camner ngantok pon dia, dia memang taknak tido kalau tak berbuai. Susah kan!!! Kebetulan masa balik rumah parents 'aii' di Keramat, kami tak angkut buaian sebab duduk semalam jer. Rasa mcm tak berbaloi jer nak usung buaian. So, abe came up with this idea. Menggunakan plastik IKEA yang besar gedabak lagi tahan lasak itu sebagai buaian. Lepas tu angkat plastik tu dan buat gerakan ala2 buaian. Memangla boboi suka...tapi agaknya bila boboi dah tertido, kalau kita keluarkan mesti terjaga punya sebab plastik tu bunyi bising. Takkan nak biarkan dia tido dalam plastik tu. Huhuhu~. Lagipun larat ker nak dodoi lama2. Sure lenguh punya tangan. Bahan2: Plastik IKEA dan selimut yang dilipat2 bagi tebal. 'Aii' cadangkan jangan guna la idea nih. Ahaksss....


Akhir sekali, jika anda membawa bayi anda menaiki stroller.... bila tiba waktu dia lapar dan ingin menyusu, sekali lagi jika bilik menyusu bayi agak jauh atau langsung tiada tempat untuk menyusu bayi.... tidak dapat tidak botol susu amat diperlukan. Tetapi jika situasi ketika itu memerlukan anda untuk tidak dapat memegang botol susu bayi sewaktu bayi menyusu, contohnya semasa melihat pameran atau ekspo (pameran lagi!), anda boleh gunakan cara ini. Jika kepala bayi anda sedang mengiring ke kanan/kiri, anda boleh gunakan penutup botol susu untuk menyendal/menahan botol. Anda juga boleh menggunakan tuala/kain lampin atau bantal bayi untuk menyendal botol jika kepala bayi sedang mengiring atau menghadap hadapan. Bahan2: Tuala bayi/kain lampin/bantal bayi/penutup botol.

Sekian, kreativiti abe. The end!

3 oreng jer yang komen:

ayschaanur said...

kak non,,hok ni gambo d latest kerr??? huhu,,bdan menten..kak nawal pon same,,badan dh back to normal..hee

wAwA aRiFiN said...

badan menten???? hahahaha~. Berat akak turun 10kg jer senah oi. ada lagi 10kg kena turunkan. tgh gedabak tahap cipans nih. Maklumla time pantang tak pakai bengkung(operate) and makan jamu(sebab time tu anazs dikhuatiri mengalami G6PD deficient so doktor tak bagi berjamu). Lepas habis pantang selera tetiber mencanak2 naik. Hopefully puasa ni turunlaaa barang 5kg ker kan... harapnyer....

umiecuie said...

kretip betul bapak si boboi...haha~~ suke3x....

Related Posts with Thumbnails

WeewiitT~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

A beautiful gift on my birthday...

Lilypie Second Birthday tickers