wE follOw yEw~

Thursday, April 7, 2011

'Terakhir' buat kali ini jew... :D

Hari ini 'aii' telah men'decide'kan diri untuk mengunjungi Klinik Kesihatan Kerajaan untuk pregnancy check up yang terakhir sebelum due date. Bukan sebab 'eksen' tapi sebab rasa malas nk pegi check up ke 2 tempat. Ekceli, 'aii' dah mula check up kt Pusat Perubatan KOHILAL di Taman Melawati (dekat giler dgn rumah parents 'aii') tempat yg kiranya dah tempah untuk bersalin nanti. So kemalasan mula melanda nak pegi 2 tempat, lagipun pegi klinik kerajaan kena tunggu lama sket disebabkan ramai oreng... :D.
Makanya, tadi 'aii' pun menyuarakan hasrat hati kt nurse klinik kerajaan tu di mana minggu depan 'aii' nak start pegi pusat perubatan swasta tu jew sebab bersalin kat sana. Tapi respon yang 'aii' dapat agak tk best sebab nurse tu sgt beria2 menyuruh 'aii' bersalin di hospital kerajaan. 'Aii' hanya seperti kerang busuk sahaja tersengih2 di hadapan nurse tersebut sambil menyeret nama 'MAK' 'aii' dalam hal pemilihan tempat bersalin ini. (Abby Abadi pun layan KOHILAL. 'Aii' pun nak setaraf dengan Abby Abadi jugakkkk~...hehe)


"Err... mak saya yang sajes. Lagipun dekat dengan rumah,"
(Sebenarnya dalam hati 'aii' ialah ----> Serabut la kalo datang doktor2 pelatih yang menyebok2 nk tengok sekali. Dah la lelaki ramai. Wat malew jew... Nak bersalin mintak doktor pompuan pon lom tentu dapat.)

Dan ada nurse yang mencadangkan agar saya mencuba Hospital Ampang yang baru dibuka.

'Aii' hanya mampu tersengih jugak.

Nurse yang memeriksa saya meneruskan hujahnyer dengan menceritakan Hospital Swasta yang selalu menghantar pesakitnya ke hospital kerajaan jika tidak boleh menyelesaikan kes2 pesakit mereka.

'Aii' mengangguk2 kepala mendengar ceritanya...dan bila timbul cerita yang cuak-cuak2, 'aii' agak seram jugak...tapi dalam keseraman tu, 'aii' mempasrahkan diri bercampur redha (walaupun bukan senang nak pasrah dan redha kalo benda2 cuak itu berlaku pada kita).

Sebelum 'aii' mengakhiri check up aii, nurse yang memeriksa 'aii' tu sempat mengeluarkan ayat best yang berbunyi ----> "Lagipun awak kan kerja KERAJAAN..." :D. Auwww.... makin lebar la sengihan 'aii'.

Apapun, imunisasi baby ke, lawatan ke rumah ke, 'aii' tetap akan gunakan khidmat klinik kerajaan... CUMA tang bersalin ni je la... bagila 'aii' can sket. :D. Agaknyer mesti dalam hati nurse2 ni berkata "Time bersalin cari swasta, time2 lain cari kerajaan... Nak ubat free la tu?"

HEHE...tak baik tau 'aii' ni sangka buruk kt nurse. Apapun, terima kasih kepada kakitangan2 klinik2 kerajaan yang selama ni melayan 'aii' sepanjang pemeriksaan kehamilan 'aii'. Betul ni, tak tipu punya terima kasih!.

Bukan check up yang terakhir taw... Nanti next pregnancy kita jumpa lagi INSYAALLAH! (Kellesss aku ni dah pikir next pregnancy. Yg ni pun lom lepas lagik~). Ngeh,ngeh,ngeh!!!

2 oreng jer yang komen:

ayschaanur said...

i suke leww statement next pregnancy tu kak non..nnti kiter berjemaah laa pulak tahun2 depan berpregnancy..huhuu

wAwA aRiFiN said...

walaweihh...dah jadi ker? tahniah! :D

Related Posts with Thumbnails

WeewiitT~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

A beautiful gift on my birthday...

Lilypie Second Birthday tickers