wE follOw yEw~

Wednesday, May 5, 2010

Pasukan Hoki (P) Skuad Harapan Baru


21 & 22 April 2010, beberapa minggu yang lalu, Pasukan hoki (L) & (P) Sk Seri Utama telah menyertai Kejohanan Hoki MSSD (bawah 12) di SK Seri Makmur, Sg Besar.

Berbekalkan "KETANDUSAN HARAPAN" untuk pasukan hoki (P) dan "HARAPAN TINGGI MENGGUNUNG" untuk pasukan hoki (L), pasukan-pasukan ini berjalan kaki ke SK Seri Makmur yang terletak di belakang sekolah jer... kira berjiran lew.

Walaubagaimanapun, harapan tinggal harapan buat Pasukan (L) kerana tidak berjaya menggondol mana2 kedudukan yang membanggakan di dalam kejohanan tersebut. Namun tidak bagi Pasukan Hoki (P) kerana harapan yang tandus dan tak berapa subur itu rupa2nya ada cebisan2 baja yang tersembunyi (wakakaka)yang perlu diberi suntikan semangat kerana mereka telah berjaya memiliki pingat gangsa dan 2 pemain daripada ahli pasukan perempuan terpilih mewakili daerah sabak bernam ke kejohanan peringkat negeri. Oleh itu, jangan beri alasan pasukan umur berapa bulan jagung (ditubuhkan Januari 2010) tidak boleh beroleh kemenangan.

Tahniah,syabas dan terima kasih juga kepada Cikgu Hafizan selaku juruLETIH terjun yang menyediakan strategi2 berkesan di hari pertandingan pasukan hoki (P) kerana juruLETIH sebenar terpaksa bergegas ke tempat lain di atas urusan penting dan seorang lagi juruLETIH yang sepatutnya melatih tapi langsung tk pernah pegang kayu hoki (last2 jadi jurusorak n pengurus pasukan) memang tak reti langsung bab2 hoki ni apatah lagi nak susun strategi.

p/s: Apa yang penting, KERJAAASAMA... Guru2 pengiring memang memberi sorakan yang menggila2 gitew... Memang sporting & meriah! :D

0 oreng jer yang komen:

Related Posts with Thumbnails

WeewiitT~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

A beautiful gift on my birthday...

Lilypie Second Birthday tickers